![]() |
| MISI PMIUSM - Memasyarakatkan Siswi Ke Arah Keperibadian Unggul |
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia bukan hanya melibatkan pembabitan dalam kalangan muslimin sahaja, bahkan golongan muslimat juga aktif dalam persatuan ini di samping nadi gerakan persatuan ini kepada mahasiswi-mahasiswi dalam kampus. Pembabitan muslimah dapat dilihat dalam penubuhan Biro Hal Ehwal Siswi (HELWI) dalam persatuan ini sejak tertubuhnya PMIUSM.
Seperti yang sedia maklum, golongan mahasiswi merupakan golongan yang mendominasi masyarakat dalam kampus dan amat berpengaruh dalam menentukan suasana kampus. Menyedari akan pentingnya pembentukan sahsiah dan peribadi unggul bagi golongan siswi dalam kampus, maka HELWI telah merancang strategi untuk melahirkan siswi-siswi yang berkualiti dari segi ilmu dan akhlak dalam mencapai visi PMIUSM itu sendiri.
HELWI PMIUSM mempunyai misi yang tersendiri iaitu menjadi wadah untuk semua mahasiswi Islam dalam menghayati kesyumulan Islam bagi melahirkan mahasiswi yang mempunyai jati diri yang unggul dalam konteks ketakwaan dan keintelektualan ke arah mencorak kegemilangan ummah dan memastikan generasi yang bakal dilahirkan nanti mampu menerajui kepimpinan dunia Islam. Antara objektif HELWI PMIUSM ialah:
- Merangka dan menjana satu uslub dakwah yang berkesan untuk mendekati golongan mahasiswi.
- Menjadi tempat rujukan mahasiswi Islam dalam pemasalahan agama dan untuk menilai sesuatu pemasalahan umum.
- Menerapkan nilai-nilai murni yang tinggi untuk melahirkan mahasiswi yang berpendirian unggul lagi terpuji.
- Memberi kesedaran mahasiswi dalam peranan mencorak kecemerlangan ummah.
- Menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan HELWA Pusat Islam, staf dan exco siswi persatuan dalam USM lain.
- Menyemai dan menyuburkan ukhwah sesama ahli PMIUSM khususnya dan sesama mahasiswi Islam yang lain.
- Mengadakan program-program tertentu untuk warga kampus khususnya mahasiswi Islam USM.
![]() | ||||
Sekretariat HELWI 2010/2011
|








0 Pandangan Sahabat:
Post a Comment