Thursday, March 1

INTERFAITH DIALOGUE PMIUSM DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA



Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, dan pujian buat manusia juga kembali kepada Allah. Kerana Dia yang mengizinkan sesuatu itu terjadi.

 Pada 28 FEBRUARI 2012, program “INTERFAITH DIALOGUE - HOW DO WE DEFINE GOD?”  anjuran PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM (PMIUSM) dengan kerjasama ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL(IPSI) dan HIDAYAH CENTRE (HC) berjaya mendapat sambutan yang luar biasa apabila lebih dari 1000 orang melimpahi Dewan Kuliah Sains Kemanusiaan 4 yang mana kapasiti tempat duduknya hanya untuk 700 orang. Pada hari tersebut, kita dapat melihat pelbagai entiti manusia hadir tidak kira agama dan bangsa. Bagi kami dari pihak penganjur, ini adalah cerminan kepada minda masyarakat masa kini yang dahagakan ilmu dan mengharapkan kesatuan. Turut hadir pada malam tersebut, mahasiswa dan mahasiswi dari kampus luar seperti UiTM (cawangan Pulau Pinang) dan IPG Tengku Bainun.


Antara objektif program ini dilaksanakan adalah mencari titik persamaan antara agama. Hal ini kerana pihak penganjur melihat dan meneliti keadaan di Malaysia  sekarang, betapa isu sensitiviti agama ini dinaikkan bagi mencetuskan perpecahan antara rakyat Malaysia. Sama ada agenda dari pihak luar, ataupun rakyat Malaysia sendiri yang cuba mempolitikkan isu-isu agama dengan cara yang salah.

Jadi, PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM tampil dengan pembawaan pentakrifan “GOD” mengikut perspektif agama masing-masing, agar kepercayaan setiap agama dihormati dengan baik.
Penyampaian dari setiap panel yang berbeza menarik hadirin yang hadir. Selingan gurauan dari panel-panel yang ada juga menghidupkan suasana dialog pada malam tersebut. Majlis yang dimulakan dengan penyampaian “HOW WE DEFINE GOD?” oleh setiap panel bagi pusingan pertama,  diikuti dengan pusingan kedua, iaitu panel-panel menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendengar, dan penggulungan daripada setiap panel pada pusingan ketiga telah berjalan dengan baik apabila tidak ada isu-isu sensitive dibangkitkan. Hal ini bermakna, apa yang disampaikan dapat diterima dan dihormati oleh para pendengar.

DALAM KERAMAIAN HATI MEMBISIKKAN:

Ya Allah, sesungguhnya Kau sedia mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana menyintai-Mu, bertemu untuk mentaati-Mu, bersatu atas amanah dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji untuk menolong syariah-Mu, justeru teguhkanlah ikatannya dan kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Kemenangan dan kejayaan kami adalah atas timbanganMu, maka ikhlaskanlah hati kami dalam setiap niat, perkataan, dan tindakan kami dalam menyampaikan kebenaran agama-Mu.
Amin.

0 Pandangan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...