Thursday, March 22

APAKAH BEKALAN KITA??


Assalamualykum w.b.t.tidak tahu mengapa secara tiba-tiba terlintas di hati saya untuk menulis artikel yang bertajuk apakah bekalan kita?
Bercakap mengenai bekalan,satu analogi yang ingin dikongsi bersama. Jika kita pergi bersiar-siar bersama keluarga atau sahabat handai, apakah bekalan kita?sudah tentunya kita akan membawa bersama bekalan makanan, duit dan sebagainya,tetapi pernahkan kita tefikir apakah bekalan kita untuk menghadapi suatu perjalanan yang pasti iaitu kematian sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-anbiya ayat 35 yang bermaksud “ setiap yang bernyawa pasti akan mati.”
Sumber gambar ILuvIslam.com

Oleh yang demikian, dalam kesibukan kita mengejar keduniaan kita juga perlu sentiasa bersedia dengan bekalan kita ke akhirat. Hal yang demikian kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita akan tiba kerana hal itu dirahsikan, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bila kita akan menemuiNya. Antara persediaan yang kita perlu lakukan ialah dengan melakukan semua ibadah fardhu ain seperti solat, puasa, zakat dan ikhlas dan khusyuk selain memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat.
Solat merupakan perkara yang pertama akan dihisab di akhirat kelak. Jika elok solatnya makan insyaAllah akan eloklah segala-galanya begitulah jua sebaliknya. Oleh itu marilah sama-sama kita meningkatkan mutu ibadah solat kita dari semasa ke semasa dan tentunya ibadah-ibadah lain. Selain ibadah wajib dan sunat ini, kita juga perlu sentiasa melakukan “amar makruf nahi mungkar” dalam bahasa Malaysianya ialah sentiasa meyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kata lain Dakwah. Ini sesuai dengan ayat yang bermaksud “barangsiapa yang mengucapakan laillahailallah maka dia adalah seorang daie”. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa mencegah kemungkaran dan meyeru kepada kebaikan.
Rasanya cukup di sini dahulu untuk kali ini, tuntasnya, kita pelu sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan  melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga dengan segala kebaikan yang kita lakukan, kita akan ditempatkan bersam-sama orang yang soleh.InsyaAllah..

Nukilan
Amirul Syafiq b Mohd Ghazali
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Akademik
Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Sains Malaysia


0 Pandangan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...