Wednesday, February 8

MAHU TAK MAHU TETAP MESTI MALU


Malu adalah satu kata yang mencakupi perbuatan menjauhi segala apa yang dibenci. Malu berasal dari kata ‘hayaah’(hidup) dan ada yang berpendapat bahawa malu berasal dari kata “al-hayaa’(hujan), tetapi ini tidak masyur. Hidup dan mati hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu orang tersebut. Begitu pula dengan hilangnya rasa malu. Ia dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan roh seseorang.

            Al-Junaid berkata: “Rasa malu iaitu melihat kenikmatan sehingga menimbulkan suatu keadaan yang disebut dengan malu. Hakikat malu ialah sikap yang memotivasikan untuk meninggalkan keburukan dan mencegah sikap menyia-nyiakan kehidupan (hak pemiliknya).

Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan. “ Rasulullah s.a.w bersabda “Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata” Malu adalah akhlak para nabi terutama pemimpin mereka iaitu “Rasulullah S.AW yang lebih pemalu daripada gadis sunti.



Malu adalah cabang keimanan. Iman memiliki lebih daripada tujuh puluh cabangatau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan “Lailahaillallah” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duti dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang iman. Oleh itu tidak sempurna iman kita tanpa ada perasaan malu dalam diri.

Ketahuilah, malu adalah sifat utama bagi orang-orang Mukmin yang mana menjadi perisai dan benteng dalam hidup mereka. Perisai itu sangat penting iaitu dapat menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga menghalang daripada mengikut hawa nafsu sehingga merosakkan akidah.

Sedar tak sedar, umat Islam hari ini ramai yang sudah hilang sifat malu dalam diri. Apabila melihat peningkatan kadar jenayah, perlakuan maksiat dan sebagainya yang dilakukan terang-terangan, ia cukup menunjukkan sifat malu itu telah pun terhakis daripada norma kehidupan apatah lagi hukum syariat. Asalnya, fitrah manusia ini ada sifat malu namun kerana lemahnya iman dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, akhirnya mereka tewas dan mendedahkan aib malu dengan sendiri.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam segenap aspek dan perkara dalam aktiviti seharian serta mendampingi orang-orang beriman. Ini kerana dengan siapa kita berkawan menentukan siapakah kita. Rasulullah S.A.W bersabda “Hendaklah kalian malu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu. Sesiapa yang malu, maka hendaklah dia menjaga kepada dan apa yang ada padanya hendaklah dia menjaga perut dan apa yang dikandunginya dan hendaklah dia selalu ingat kematian dan busuknya jasad.”

Diadaptasi dari GEN-Q (isu-no.5) dan iluvislam.com


Pengerusi Lajnah Kebajikan & Akademik
Persatuan Mahasiswa Islam USM
Amirul Syafiq bin Mohd Ghazali

0 Pandangan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...