Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Wahai saudariku,
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Dehearty : Wanita
Wahai wanita,
Dirimu ialah makhluk ciptaan Allah yang sangat istimewa dan indah. Berbahagialah wahai insan yang bergelar wanita. Kerana kecantikan yang kau miliki, dirimu sentiasa menjadi perhatian lelaki. Kecantikan dan kelembutan yang ada pada dirimu,tetapi tidak pada lelaki membuatkan dirimu ingin dikenali dan didekati. Pahatkan dalam hati bahawa kecantikan yang dimiliki bukanlah untuk tatapan semua mata lelaki, tetapi khusus buat insan yang sah bergelar suami.
Wahai wanita,
Sedarlah bahawa kecantikan hakiki seorang wanita itu bukanlah dilihat dari segi kecantikan luaran dan fizikalnya, tetapi kecantikan dalaman dan akhlaklah yang menjadi ukurannya. Kecantikan dalaman itulah yang paling utama kerana apabila cantik di dalam maka dengan sendirinya kecantikan luaran itu akan terpancar. Allah menilai manusia bukan pada cantiknya rupa paras yang dimilki, tetapi nilai ketakwaan seseorang hamba itulah dicari.
Wahai wanita,
Alangkah bahagianya hidup ini sekiranya dalam semua perkara yang engkau lakukan syariat Allah sentiasa diutamakan. Pasti dirimu sentiasa berada dalam redha dan lindunganNya. Sempurnakanlah syariat penutupan auratmu dengan sebaiknya.Ketahuilah wahai wanita, ianya sesuatu yang salah jika dirimu beranggapan bahawa dengan hanya memakai tudung ,engkau telah pun melaksanakan syariat menutup aurat.Ya,kita memang telah menutup aurat, tetapi sayangnya dengan hanya memakai tudung, tetapi lengan dan kaki dibiarkan terdedah, kita sebenarnya masih lagi belum menutup aurat dengan sempurna seperti yang digariskan oleh ajaran islam. Fahamilah saudariku, cara menutup aurat yang sempurna ialah dengan menutup seluruh anggota badan, kecuali hanya muka dan tapak tangan sahaja yang boleh dizahirkan. Usahlah membiarkan dirimu yang bertudung,tetapi masih mengenakan baju yang berlengan pendek. Manakala pakaian yang dipakai haruslah longgar (tidak mengikut bentuk badan) dan tebal (tidak menampakkan bentuk tubuh).
Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan panduan kepada kita tentang cara menutup aurat yang sempurna. Kita sebagai hamba dan makhluk ciptaanNya haruslah mematuhi perintah Allah kerana Allah yang menciptakan kita, jadi hanya Allah yang lebih mengetahui apakah yang terbaik buat kita sebagai hamba-hambaNya. Setiap perintah Allah itu bukanlah sesuatu yang sia-sia untuk diadakan, tetapi disebaliknya sentiasa ada hikmah yang tersembunyi sama ada kita menyedarinya ataupun tidak. Analoginya, hanya tukang yang mencipta sesuatu alat itulah yang lebih mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan alat yang dicipta berbanding dengan orang lain.Berkaitan tentang aurat, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka,atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,agar kamu beruntung."
[Surah an-Nur: ayat 31]
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”.
[surah Al-Ahzab:ayat 59]
Sabda Rasulullah SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya”
[Hadis Riwayat Abu Dawud]
Wahai wanita,
Renungkanlah, alangkah ruginya jika engkau telah menutup seluruh tubuhmu, tetapi hanya kakimu sahaja yang masih lagi belum mampu ditutup. Oleh sebab dengan hanya kakimu yang terdedah, ketahuilah bahawa engkau sebenarnya masih belum lagi menutup aurat dengan sempurna. Duhai saudariku yang dikasihi, usahlah memberi alasan bahawa engkau masih lagi belum bersedia dan belum memiliki kekuatan untuk berubah ke arah pemakaian menutup aurat yang sempurna.
Saudariku,
Kekuatan adalah sesuatu yang harus dicari,bukan dinanti. Ingatlah kekuatan tidak datang dengan sendirinya dan kita sendirilah yang harus berusaha mencari kekuatan tersebut. Kekuatan dan dorongan boleh dicari dengan cara bersahabat dengan rakan-rakan yang menutup aurat dengan sempurna dan yang paling penting mintalah kekuatan itu daripada Yang Maha Kuat supaya engkau diberi kemudahan dan kekuatan untuk berubah kearah kebaikan. Pasakkan azam dan ikhlaskan niat perubahan yang ingin dilakukan adalah keranaNya, insyaAllah, urusanmu akan dipermudahkanNya. Melakukan perubahan memang perit, tetapi engkau bakal merasai hasilnya yang sangat manis. Jika terlintas di hati bahwa sudah tiba masanya untuk berubah, maka bersegeralah lakukan perubahan, kerana hidayah dan lintasan hati itu tidak selalu datang kepadamu. Niat yang terlintas di hati untuk melakukan sesuatu perkara yang baik itu adalah hidayah daripada Allah, ianya merupakan satu ilham daripada Allah yakni petanda terus daripada Allah tanpa melibatkan perantaraan manusia. Mengapa kita memilih untuk melambat-lambatkan urusan tersebut, sedangkan ia merupakan mesej daripada Allah yang perlu disegerakan.Jika engkau bertangguh-tangguh dikhuatiri tiada lagi lintasan hati daripada Allah maka dirimu akan terus hanyut dalam kesesatan yang terus menerus, nauzubillahiminzalik.
Saudariku,
Kekuatan adalah sesuatu yang harus dicari,bukan dinanti. Ingatlah kekuatan tidak datang dengan sendirinya dan kita sendirilah yang harus berusaha mencari kekuatan tersebut. Kekuatan dan dorongan boleh dicari dengan cara bersahabat dengan rakan-rakan yang menutup aurat dengan sempurna dan yang paling penting mintalah kekuatan itu daripada Yang Maha Kuat supaya engkau diberi kemudahan dan kekuatan untuk berubah kearah kebaikan. Pasakkan azam dan ikhlaskan niat perubahan yang ingin dilakukan adalah keranaNya, insyaAllah, urusanmu akan dipermudahkanNya. Melakukan perubahan memang perit, tetapi engkau bakal merasai hasilnya yang sangat manis. Jika terlintas di hati bahwa sudah tiba masanya untuk berubah, maka bersegeralah lakukan perubahan, kerana hidayah dan lintasan hati itu tidak selalu datang kepadamu. Niat yang terlintas di hati untuk melakukan sesuatu perkara yang baik itu adalah hidayah daripada Allah, ianya merupakan satu ilham daripada Allah yakni petanda terus daripada Allah tanpa melibatkan perantaraan manusia. Mengapa kita memilih untuk melambat-lambatkan urusan tersebut, sedangkan ia merupakan mesej daripada Allah yang perlu disegerakan.Jika engkau bertangguh-tangguh dikhuatiri tiada lagi lintasan hati daripada Allah maka dirimu akan terus hanyut dalam kesesatan yang terus menerus, nauzubillahiminzalik.
Wahai wanita,
Jika kamu telah mengetahui tentang kewajipan menutup aurat dengan sempurna, tetapi masih lagi bertangguh-tangguh untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki,ayuh bangkitlah saudariku, lakukanlah perubahan kerana tahukah kita bilakah ajal kita bakal menjelma? Tidak takutkah kita sekiranya kita dijemput untuk mengadapNya dalam keadaan kita masih lagi melaksanakan perintahNya? Padahal, kita telah pun mengetahui bahawa menutup aurat dengan sempurna adalah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Apakah alasan dan jawapan yang bakal kita jawab dihadapan Allah kelak sekiranya kewajipan itu dipersoalkan? Di saat ini,fikirkanlah jawapannya wahai saudariku. Ayuh saudariku, berubahlah ke arah menjadi muslimah yang menutup aurat dengan sempurna. Gunakanlah ruang dan kesempatan ini sementara Allah masih lagi mengizinkan kita untuk menghirup udaraNya. Sesungguhnya penyelasalan ketika kita berhadapan denganNya kelak sudah tiada gunanya lagi.
Wahai wanita,
Berhati-hatilah dalam berbicara, jagalah suaramu, usahlah kau lembutkan dan manjakan suaramu apabila berbicara dengan lelaki. Hal ini kerana ianya dapat menimbulkan keinginan lelaki yang berpenyakit hati untuk berbuat jahat dan serong terhadapmu. Hal ini Allah telah tegaskan dalam firmanNya yang bermaksud,
“Wahai isteri-isteri nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik”. [surah Al-Ahzab: ayat 32]
Wahai wanita,
Perasaan cinta adalah anugerah Allah yang sangat bermakna buat setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Saudariku, mahalkanlah cintamu,tinggikanlah nilai cintamu. Janganlah semudahnya dirimu memberikan cinta kepada lelaki yang tidak layak untuk menerima cintamu yang suci itu. Janganlah engkau berikan cintamu itu kepada lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas dirimu. Sedarilah saudariku, lelaki yang baik akan menghormatimu sebagai seorang wanita dan akan membimbingmu menuju kearah kebaikan, bukan ke arah yang menghanyutkan.
Saudariku,
Saudariku,
Harga seorang wanita bukanlah boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun harta kekayaan, tetapi nilai mahar seorang wanita itu adalah iman dan akhlaknya...
Wanita itu terlalu mahal dan hanya lelaki yang benar-benar layak sahaja yang mampu membelinya..
Lelaki itu adalah lelaki yang teristimewa, lelaki yang berusaha mendapatkan seorang wanita untuk dipinang menjadi suri hatinya,
Lelaki yang berusaha mendapatkan seorang wanita melalui redha dan berkat Tuhan,
Lelaki yang berusaha mendapatkan seorang wanita kerana bersedia membimbing, menjaga, melindungi serta memberi kasih sayang.
Wahai saudariku,
Usahlah bimbang akan jodohmu kerana setiap insan yang lahir ke dunia ini telah ditetapkan rezeki dan jodohnya oleh Allah. Jika engkau bercinta dengannya 1000 tahun sekalipun, dan Allah telah menetapkan bahawa dia bukanlah jodohmu, dia tetap tidak akan menjadi milikmu.Tetapi simpanlah cintamu yang suci itu hanya untuk lelaki yang benar-benar layak menerima cintamu iaitu suamimu. Saudariku, dirimu berhak mendapat jodoh yang terbaik. Jika lelaki soleh yang diidamkan, maka terlebih dahulu dirimu sendirilah yang harus berusaha menjadi solehah. Berbekalkan usaha dan diiringi doa insyaAllah Allah akn memberikan jodoh yang terbaik buatmu. Yakinlah dengan janji Allah bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu besih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”
[surah An-Nur:ayat 26].
Wahai saudariku,
Elakkanlah dirimu daripada terlibat dalam kancah percintaan sebelum perkahwinan. Ingatlah saudariku, dalam setiap perkara yang kita lakukan, keredhaan Allah itulah yang paling utama. Jika permulaan sesebuah perhubungan antara adam dan hawa adalah dengan bermaksiat kepadaNya,mana mungkin pengakhirannya akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya.Jika sebuah rumah tangga yang tenang dan bahagia yang diinginkan, maka usahlah memulakan hubungan percintaan dengan bermaksiat kepadaNya. Sedarlah saudariku bahawa tiada siapapun yang dapat memberikan rasa ketenangan dan kebahagiaan, melainkan semuanya itu datang daripada Allah SWT. Jika kita melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah, mana mungkin Allah akan memberi keberkatan dalam hidup kita.Jika kita memilih untuk bercinta sebelum berkahwin dengan alasan mahu mencari keserasian dalam perhubungan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan , saudariku ketahuilah bahawa itu bukanlah kunci kebahagiaan yang hakiki dalam membina sesebuah perkahwinan. Hal ini kerana banyak pasangan yang dahulunya bercinta bertahun- tahun sebelum berkahwin,tetapi masih lagi gagal dalam perkahwinan. Mengapa hal ini boleh berlaku?Adakah kerana mereka ber tidak serasi? Masalah ini sepatutnya tidak berlaku kerana mereka telah pun kenal akan pasangan masing-masing, jadi ketidakserasian bukanlah isunya. Antara masalah yang sering timbul dalam kebanyakkan pasangan ialah timbul perasaan jemu terhadap pasangan masing-masing biarpun hanya baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Manakan tidaknya, semua hal tentang pasangan telah pun diselidiki dan diketahui masa bercinta dahulu. Jadi setelah berkahwin tiada apa- apa lagi yang manis dan istimewa untuk dipelajari dan dikongsi dengan pasangan masing- masing. Hal ini kerana,jika kita merasai manisnya bercinta sebelum berkahwin , Allah akan tarik balik nikmat tersebut selepas berkahwin. Oleh itu, saudariku buatlah pertimbangan sebijaknya jika anda mahu melibakan diri dalam percintaan sebelum perkahwinan.
Wahai saudariku,
Selaku saudara seislam, ianya adalah satu tanggungjawab untuk kita saling nasihat menasihati ke arah kebaikan. Ada pepatah mengatakan kita mungkin boleh bawa kuda ke tempat minum air, namun kita tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum air, tetapi kuda itu harus minum dengan keinginannya sendiri. Diri ini hanya mampu memberikan nasihat, tetapi saudari sendirilah yang akan membuat penilaian dan keputusan. Renung- renungkan dan bertindaklah dengan bijak. Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup kita semua.
OLEH:
NORADILAH BINTI ISHAK,
TIMBALAN PENGERUSI HELWI,
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM
http://www.facebook.com/helwipmiusm
OLEH:
NORADILAH BINTI ISHAK,
TIMBALAN PENGERUSI HELWI,
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM
http://www.facebook.com/helwipmiusm

11:36 PM
PMIUSM




Posted in:





0 Pandangan Sahabat:
Post a Comment