Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Sunday, November 27

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1433 DARIPADA NYDP PMIUSM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia daripada Allah, pada hari ini kita telahpun memasuki tahun 1433 Hijrah dan bermulalah satu lagi tahun baharu dalam kalender Islam. Hal ini pasti memberikan satu erti yang amat besar dalam diri individu Muslim dan semangat hijrah ini perlu sentiasa subur dalam jiwa-jiwa orang Mukmin sebagai satu anjakan untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat kepada perintah-Nya tahun demi tahun. Oleh itu, pengertian hijrah perlulah dinilai kembali kerana ia bukan sekadar satu rutin tahunan yang disambut dengan penyampaian tokoh Maal Hijrah sahaja, tetapi ia lebih kepada menghayati semangat perubahan yang diinginkan untuk kemaslahatan diri dan ummah sejagat.


Menelusuri tema Maal Hijrah pada tahun ini, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, kesatuan pemikiran merupakan perkara yang menjadi tunjang kekuatan persaudaraan dalam Islam atau disebut sebagai ukhuwwah Islamiyyah. Sekiranya kita meyemak kembali lembaran sirah Rasulullah s.a.w, baginda sangat menekankan aspek ukhuwwah Islamiyyah yang menuntut kepada keutuhan persaudaraan yang berpaksikan akidah tauhid. Ia terbina daripada tiga asas penting iaitu ta’aruf (saling mengenali), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling memenuhi). Ketiga-tiga asas ini juga merupakan rukun-rukun usrah sepertimana yang ditekankan oleh Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Di samping itu, persefahaman akan memupuk kesegaran hubungan ukhuwwah yang memberi kesinambungan kepada perpaduan antara umat Islam. Ia mewujudkan suasana yang harmoni kerana setiap individu memahami dan menerima kekuatan atau kelemahan, bahkan apa jua keadaan orang lain sehingga membawa kepada ta’awun (saling membantu) dalam ikatan persaudaraan. Sepertimana yang kita ketahui, persefahaman yang diterapkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam kalangan golongan Muhajirin dan golongan Ansar adalah satu contoh persefahaman yang patut kita teladani. Hal ini kerana, ibrah daripada peristiwa hijrah tersebut, maka lahirlah negara Islam pertama iaitu Madinah al-Munawwarah dan seterusnya membawa kepada pembukaan kota Makkah al-Mukarramah. Signifikannya, peristiwa-peristiwa tersebut telah membawa transformasi dalam corak ketamadunan manusia sejagat.

Daripada intipati tema Maal Hijrah 1433 ini, saya menyeru mahasiswa/i Islam untuk menghayati erti hijrah dalam kondisi massa, iaitu mewujudkan persefahaman dengan menambah ilmu pengetahuan, berkongsi dengan rakan-rakan, saling ingat-mengingati sesama kita, melihat perbezaan sebagai satu rahmat dan mencari titik persamaan untuk mencapai kata sepakat. Dalam Surah Al-Maidah ayat 2, Allah berfirman yang mafhum-Nya:

“… hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya…” (Surah Al-Maidah, 5: 2)
        
        Justeru, situasi ini sudah pasti melahirkan kampus yang sejahtera dengan hubungan akrab dalam kalangan mahasiswa dan mencetuskan kesepaduan sebagai anggota sebuah institusi keintelektualan. Akhir kalam, bersempena tahun baharu 1433 Hijrah, saya mewakili saf pimpinan PMIUSM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada rakan-rakan mahasiswa Islam dan bersama-sama kita menghayati tema Maal Hijrah pada tahun ini. Selamat Tahun Baharu Hijrah diucapkan, kullu 'am wa antum bilkhair.

"We Love, We Care"
  
Oleh:
Muhammad Afiq bin Roshide,
Naib Yang Di-Pertua,
Persatuan Mahasiswa Islam USM,
2011/2012

Saturday, November 26

10 PENGAJARAN DARI PERISTIWA HIJRAH

1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)

Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara-perkara yang di luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.
Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam.
2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab, sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!”
Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dan apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Tanpa keyakinan seperti ini tidak mungkin Negara Islam akan tertegak.
3- Setiap detik kehidupan baginda s.a.w tidak pernah sunyi daripada sikap optimis, termasuk ketika perjalanan hijrah yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan sahabatnya diancam ketika itu, baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja tentang kemenangan Islam ke atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya kerajaan Kisra ke atas umat Islam dan harta Kisra menjadi harta ghanimah (harta rampasan perang).
4- Dalam setiap peringkat kehidupan dan setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita dapati betapa baginda sangat mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah dengan sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi berteman, mengikat baiah berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada Jibril a.s. tentang temannya berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh sebagaimana sabda baginda: “Syaitan bersama seorang dan dia lebih jauh dari yang berdua”.
Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat memperdayakan baginda s.a.w semenjak dadanya dibelah dan dibuang dari hatinya bahagian syaitan, serta Allah membantunya untuk menghadapi syaitan sehingga dia (syaitan) memeluk Islam dan mengajaknya ke arah kebaikan, namun Rasulullah s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang diajarkan kepada kita melalui petunjuk sirahnya.
5- Hijrah ini menjelaskan kepada kita bagaimana seorang pemerintah yang hebat hidup dalam kesusahan rakyatnya. Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir seperti mereka, penat seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka merasai setiap keperitan dan pengorbanan mereka.
Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda s.a.w dari Mekah ke Madinah menggunakan Buraq seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun di manakah qudwah? Dari mana kita dapatkan teladan? Muslimin memerlukan jalan praktikal untuk membina ummah, jalan yang dalam kemampuan setiap orang muslim. Oleh itu Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini walaupun penuh dengan halangan dan kepenatan.
6- Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan peluang dan tidak terikat dengan keadaan untuk mengajak siapa sahaja yang baginda mampu. Sepertimana baginda menyeru Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda s.a.w tidak memikirkan jalan untuk melepaskan diri dari mereka, malah baginda menganggap bahawa Allah s.w.t mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah, pemberian, nikmat, ganjaran dan pahala yang tak terkira.
7- Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal kerana Allah dalam apa jua situasi dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang paling utama dalam hidup beliau adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak wujud dalam hidupnya perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi yang berlaku dalam hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal, usaha, pengorbanan dan jihad di jalan Allah s.w.t.
8- Kita juga dapati betapa cintanya Abu Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan bagaimana beliau tidak menunggu arahan ataupun permintaan, malah beliau berusaha dalam membuktikan cintanya kepada Rasulullah s.a.w dengan menyediakan tunggangan, menangis akibat gembira dipilih menjadi teman hijrah baginda, membersihkan gua, berjalan di depan dan belakang baginda bagi menjaga baginda, dan banyak lagi.
Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Barangsiapa yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta kepada Rasulullah s.a.w, maka dia berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
9- Pemberian dan infaq As-Siddiq r.a, beliau mengambil 5000 dirham yang merupakan seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan 35000 dirham di jalan Allah, kemudian dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah, dan ketika beliau menjadi khalifah, dan ketika beliau di pembaringan menanti maut. Sesungguhnya beliau r.a telah membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat seperti ini berhak diredhai oleh Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).
10- Tidakkah anda lihat bagaimana As-Siddiq r.a menggunakan seluruh keluarganya di jalan Allah? Beliau menggunakan anak lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-berita, menggunakan Asma’ anak perempuannya untuk membawa makanan dan minuman, menggunakan Amir bin Fuhairah hambanya untuk menyembunyikan kesan-kesan tapak kaki. Sesungguhnya As-Siddiq r.a telah memindahkan cintanya terhadap dakwah ni kepada ahli keluarganya. Malangnya sesetengah pendakwah menghidap penyakit ‘uzlah dari keluarga’. Kita dapati mereka sangat aktif di luar rumah, kemudian mereka tidak melibatkan orang yang paling rapat dengan mereka untuk beramal demi Allah s.w.t., mereka tidak berusaha untuk membuatkan ahli keluarga mereka turut merasai kemanisan iman seperti yang mereka rasai. Ini merupakan satu salah faham yang amat besar dan pengabaian aulawiyat yang sangat dahsyat. Maka belajarlah daripada Abu Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan (dipertanggung jawabkan) tentang rakyatnya”.

Sumber: badarsdar

TADABBUR AYAT-AYAT HIJRAH

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu kemudian berhijrah serta berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Anfal: 72-75)
Keempat ayat ini merupakan satu-satunya rangkaian ayat-ayat hijrah yang paling lengkap dan tersusun secara berurutan dari sekitar dua puluh ayat yang berbicara tentang hijrah. 

Dalam konteks hijrah, akan lahir dua kelompok manusia yang sama-sama secara berdampingan mendapat penghargaan dan tempat istimewa di sisi Allah atas ketulusan pengorbanan dan pengabdian mereka. Dua kelompok tersebut diabadikan dengan istilah yang indah dalam Al-Qur’an, iaitu Muhajirin dan Ansar. Muhajirin adalah orang-orang yang dengan sukarela meninggalkan semua yang mereka miliki beserta tanah air tempat tinggal mereka demi menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan kelompok Ansar adalah mereka yang siap menerima, membela, memberi perlindungan dan bantuan kepada orang-orang yang berhijrah dengan tanpa mengharapkan imbalan selain balasan pahala dari Allah swt.
Kedua kelompok manusia ini diabadikan oleh Allah dalam Al-Qur’an dengan penghargaan dan jaminan yang tertinggi; redha Allah dan syurga-Nya yang abadi. Allah berfirman: “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 100).
Ayat dengan redaksi yang sama dengan ayat ini berulang di surat At-taubah: 117, An-Nur: 22, Al-Ahzab: 6, dan Al-Hasyr: 8
Yang menarik untuk dicermati dari ayat yang menyebut  pelaku hijrah bahawa selain dari kelompok Muhajirin dan Anshar, Allah masih membuka peluang jaminan dan penghargaan yang sama dengan mereka bagi siapapun yang mampu mengikuti jejak teladan kedua kelompok itu dengan baik pasca hijrah yang tersirat dari firmanNya: “dan orang-orang yang mengikuti mereka (Muhajirin dan Anshar) dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”.
Demikian gambaran hijrah Rasul dengan para sahabatnya dalam konteks sejarah ayat di atas ternyata sarat dengan nilai perjuangan, pengorbanan, kepeduliaan terhadap sesama, kesabaran dan persaudaraan (ukhuwah) yang melebihi batas kekeluargaan dan kekerabatan karena direkat dengan ikatan akidah. Nilai luhur ini merupakan nilai universal yang berlaku sepanjang zaman pasca sabda Rasulullah saw tentang hijrah: “Tidak ada hijrah setelah pembebasan kota Mekah, tetapi jihad dan niat”. (H.R. Bukhari). Justru ujian nilai hijrah akan tetap menjadi neraca ketulusan dan kualitas iman seseorang dengan sebuah jaminan bahwa hijrah yang diperintahkan Allah tidak ada lain adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan bersama.
Allah berfirman menjelaskan jaminan-Nya: “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nisa’: 100).
Sungguh begitu mempesona  kehidupan dan interaksi harmoni yang tercermin antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam konteks Al-Itsar (mengutamakan dan lebih mementingkan saudaranya meskipun ia sangat membutuhkan) yang merupakan tahapan tertinggi dari sebuah implementasi bangunan ukhuwah (persaudaraan) yang telah ditunjukkan dalam sejarah hijrah sahabat Rasulullah: “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”.(Al-Hasyr: 9)
Pembacaan lain dari ayat-ayat hijrah, bahwa aktiviti hijrah tidak terlepas dan selalu diapit dengan iman sebagai dan perjuangan (jihad) sebagai nilai aplikasi dari hijrah. Pendampingan  hijrah dengan iman dan jihad di dalam Al-Qur’an tentu bukan hanya memenuhi  keindahan bahasa Al-Qur’an, tetapi lebih dari itu terdapat nilai dan hikmah yang dikehendaki oleh Allah agar kita sentiasa memaknainya; bahwa hijrah memang merupakan bukti ketulusan iman seseorang, sedangkan jihad merupakan buah sekaligus hasil dari perbuatan hijrah. Iman tanpa hijrah tidak akan bermakna, begitupula hijrah tanpa jihad berarti tidak berbuah. Makanya pendampingan ini berulang sebanyak sembilan kali, diawali dengan surat Al-Baqarah: 218 yang berbunyi: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Kemudian disusul secara berurutan dengan surat Ali Imran: 195, Al-Anfal; 72-75, At-Taubah: 20, An-Nahl: 41 dan 110, serta surat Al-Hajj: 58.
Semua ayat yang berbicara tentang hijrah di atas adalah dalam konteks hijrah makaniyah (hijrah fisik; perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain) untuk mempertahankan akidah. Terdapat hanya satu ayat yang berbicara dalam konteks hijrah ma’nawiyah (hijrah nilai; berubah dari satu keadaan menuju keadaan yang lebih baik), yaitu firman Allah swt: “Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: “Sesungguhnya aku senantiasa berhijrah kepada Tuhanku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Ankabut: 26). Dan di antara yang harus ditinggalkan dalam konteks hijrah maknawiyah seperti yang pernah Allah perintahkan kepada Rasulullah di era awal turunnya Al-Qur’an adalah perbuatan dosa dan maksiat seperti yang disebutkan dalam surat Al-Muddatsir: 5 yang bermaksud: “Dan perbuatan dosa tinggalkanlah”.
Memang hijrah makaniyah sangat kondisional dan mungkin tidak akan berulang seperti yang pernah terjadi di era Rasul, tetapi nilai dan pelajaran hijrah  masih tetap relevan, iaitu pelajaran kesabaran, kesiapan untuk berkorban dan berjuang, keprihatinan terhadap sesama, pelajaran persaudaraan yang dibangun atas dasar iman dengan itsar sebagai peringkat yang tertinggi serta pelajaran ta’awun untuk memperkuat posisi Islam dan umatnya. Kehidupan  yang ideal dan harmonis justeru dirasakan oleh para sahabat saat peristiwa hijrah berlangsung. Sungguh betapa bernilai memang pelajaran hijrah para sahabat Rasul sehingga layak dijadikan momentum untuk melakukan perubahan dan perbaikan arah yang lebih baik, baik dalam skala pribadi, keluarga dan sosial.
Ditambah dengan hijrah ma’nawiyah yang merupakan media komunikasi dan harmonisasi hubungan dengan sang Khaliq. Semoga nilai dan pelajaran hijrah akan senantiasa mewarnai kehidupan kita menuju kehidupan yang lebih baik di bawah naungan rahmat dan ridha Allah swt. Amin. Allahu a’lam


Sumber :  

Tuesday, November 22

LAWATAN KEBAJIKAN PMIUSM KE RUMAH MANGSA KEBAKARAN

Keadaan rumah mangsa di Jalan P.Ramlee Pulau Pinang

Pulau Pinang, 18 Nov. – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) mengucapkan takziah kepada saudara Shukur Abdullah, mahasiswa tahun akhir Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan di atas kebakaran rumah yang didiami keluarga beliau tempoh hari. Kebakaran berlaku di Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang.

PMIUSM telah melakukan lawatan kebajikan yang diketuai oleh saudara Nor Azam Bin Mohamad Tamjis selaku Yang Di-Pertua PMIUSM serta beberapa orang lagi ahli PMIUSM. Turut serta ialah ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, saudara Ahmad Muslihin Bin Ahmad. Lawatan Kebajikan diadakan pada 18/11/2011 bagi menziarahi saudara Shukur Abdullah.


Azam kiri, YDP PMIUSM, mangsa Shukur Abdullah tengah, Ahmad Muslihin kanan, MPP PPIP

Tuesday, November 15

PENGHARAPAN KITA KEPADA ALLAH


                Manusia kadang-kala mengalami perasaan sedih, kecewa, marah, gembira, bahagia, takut dan sebagainya yang boleh mengubah tindakan seseorang itu daripada perlakuan biasa seseorang manusia. Juga daripada pemikiran yang waras kepada perlakuan atau akhlak yang tidak dituntut dalam ajaran Islam. Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana adanya konsep tawakal atau berserah dan pengharapan kita kepadaNya dalam setiap apa yang kita kerjakan contohnya  apabila kita sedang memandu kenderaan, ketika kita hendak tidur, ketika kita menyiapkan tugasan dan sebagainya. Apabila kita berdoa, kita seolah-olah telah membina satu jambatan untuk kita sampaikan keingingan atau sesuatu yang kita hajatkan kepada Tuhan.

            Sebagai seorang mahasisiwa Islam yang terpaksa memikul amanah yang besar iaitu untuk belajar dan mencari ilmu di universiti ini sememangnya menguji kekuatan dan ketahanan kita dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Kita bukan sahaja datang ke kuliah-kuliah pusat pengajian untuk balajar tetapi juga berperanan dalam menjadi seorang da’ie atau pendakwah Islam yang menyeru kepada Allah SWT. Segala gerak kerja yang kita lakukan ini, perlulah selari dengan pengharapan kita kepada Allah SWT kerana kita merupakan hamba yang mahukan setiap perbuatan kita  mendapat keredhaan dan keberkatanNya.

Doa seseorang hamba  yang bersungguh-sungguh dan ikhlas akan menjadi penghubung kepada seseorang dengan penciptanya. Doa yang kita pohon mestilah sesuatu yang baik  seperti dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Maka di antara manusia ada yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia’. Dan tiadalah baginya kebahagian di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, berilah  kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’ Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagian dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.” (Al-Baqarah: 200-202)     

Janganlah kita bersedih jika sesuatu yang kita mohon atau hajatkan kepada Allah SWT tidak dimakbulkan kerana semua yang berlaku itu mungkin ada hikmah di sebaliknya dan Allah ingin menguji hamba-hambaNya supaya terus istiqamah untuk berdoa kepadaNya. Malahan Nabi Zakaria  sendiri pernah diuji di mana baginda tidak dikurniakan anak disebabkan isteri baginda tidak dapat melahirkan anak. Walaupun begitu, baginda tidak putus harapan sehinggalah usia baginda sudah lanjut dan memohon doa serta pengharapan kepada Allah supaya dikurniakan anak. Akhirnya doa Nabi Zakaria dimakbulkan dan dikurniakan serang anak lelaki yang bernama Yahya seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Semoga segala sesuatu yang kita lakukan dan disertakan dengan doa akan dipermudahkan serta mendapat keredhaan daripada Allah SWT. InsyaAllah.

Oleh:
Muhammad Afiq bin Roshide,
Naib Yang Di-Pertua,
Persatuan Mahasiswa Islam USM,
2011/2012.

Wednesday, November 9

KENYATAAN RASMI PMIUSM BERKENAAN SEKSUALITI MERDEKA

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.  Program ini bertemakan “Queer Without Fear” asasnya adalah untuk menegakkan hak golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender). Program ini dijadualkan untuk berlangsung pada 2 - 13 November 2011 di Kuala Lumpur telah diharamkan oleh pihak berkuasa.



Bantahan adalah untuk memelihara fitrah manusia sekali gus mempertahankan tamadun ummah dari berlakunya kepincangan sosial dan malapetaka hasil kecelaruan jantina. Eloklah kita mengambil pengajaran dari Al-Quran di mana gaya hidup homoseksual kaum Nabi Lut mengundang kemurkaan Allah.


“Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “”Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Al A'raf :80-81)

Jelas apa yang dibawa oleh Seksualiti Merdeka ini bertentangan sama sekali dengan agama Islam. Amalan seks songsang bertentangan dengan perintah Allah, menyalahi hukum alam, tidak sekali menyumbang kepada perkembangan tamadun tetapi membawa mudarat diri. Perjuangan Seksualiti Merdeka merupakan salah guna kepada istilah hak asasi dan kebebasan. Tidak wujud hak asasi manusia yang mutlak kerana dalam Islam kebebasan dan hak asasi mestilah selari dengan syariat Islam kerana syariat memandu umat daripada keruntuhan tamadun.
Namun begitu, kami berpendapat golongan yang LGBT ini haruslah disantuni oleh masyarakat, namun tidak sama sekali membenarkan atau menerima kecelaruan identiti ini sebagai norma masyarakat dan sesuatu yang diterima agama. Masyarakat bersama-sama kerajaan haruslah berperanan membantu kembali golongan ini meluruskan fitrah mereka agar selari dengan apa yang digariskan oleh Islam. Program berskala besar seperti Seksualiti Merdeka tidak boleh diterima kerana seakan mempromosi hal ini secara meluas. Umat Islam haruslah berpegang kepada prinsip nilai-nilai suci dan sama-sama menolak perbuatan songsang LGBT yang keji. Mahasiswa juga harus memandang serius sebarang kecelaruan identiti dan jantina dalam kalangan masyarakat agar dapat mencegah dan merawat gejala di luar tabi’i ini.
Nor Azam Mohammad Tamjis,
Yang Di-Pertua,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Sains Malaysia,
2011/2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...