Thursday, January 27
Sunday, January 23
Khaulah Adalah Pejuang Misteri
Khaulah Adalah Pejuang Misteri
Khaulah binti al-Azwar Al-Kindi adalah seorang wanita yang berani yang mempunyai semangat dan sifat juang yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Ayahnya Al-Azwar adalah seorang pahlawan yang terbunuh sewaktu mempertahankan Rasulullah SAW. Saudaranya pula ialah Dhirar bin Al-Azwar, seorang penunggang kuda yang terkenal. Khaulah dibesarkan dalam keluarga yang mulia dan berani.
Suatu hari, Khaulah keluar bersama saudaranya untuk menyertai tentera muslimin dibawah pimpinan panglima Khalid bin Al-Walid. Mereka menuju ke Syam untuk menakluki negeri itu. Khaulah telah turut serta dalam pertempuran itu.
Ketika pertempuran itu berlaku, Panglima Khalid Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Orangnya tinggi dan tiada apa yang kelihatan di wajahnya melainkan kedua matanya sahaja. Dia telah menutupi seluruh tubuhnya dengan kain hitam dan di kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan ke paras dada. Dia selalu di hadapan, bertarung dengan cekap dan pantas di atas kudanya. Lagaknya seperti seorang lelaki yang melawan musuhnya dengan penuh keberanian. Tiada siapa yang menyangka dia adalah seorang wanita.
Suatu hari, Khaulah keluar bersama saudaranya untuk menyertai tentera muslimin dibawah pimpinan panglima Khalid bin Al-Walid. Mereka menuju ke Syam untuk menakluki negeri itu. Khaulah telah turut serta dalam pertempuran itu.
Ketika pertempuran itu berlaku, Panglima Khalid Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Orangnya tinggi dan tiada apa yang kelihatan di wajahnya melainkan kedua matanya sahaja. Dia telah menutupi seluruh tubuhnya dengan kain hitam dan di kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan ke paras dada. Dia selalu di hadapan, bertarung dengan cekap dan pantas di atas kudanya. Lagaknya seperti seorang lelaki yang melawan musuhnya dengan penuh keberanian. Tiada siapa yang menyangka dia adalah seorang wanita.
Zuhud
Zuhud
Zahid beerti orang yang zuhud. Zuhud pula satu sifat hati yang tidak terikat dengan dunia dan apa yang ada padanya. Zuhud adalah persoalan hati. Ia tidak bermaksud orang yang zuhud itu miskin, memakai pakaian yang kotor dan berkoyak kerana penampilan yang baik dituntut oleh agama. Cuma hatinya tidak terikat dan bergantungan dengan dunia.
Ketenangan hidup di dunia adalah dambaan setiap orang tetapi berapa ramai manusia yang hidupnya gundah-gulana, kecemasan, ketakutan, kebencian terhadap orang lain dan keadaan yang tidak diingini. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita suatu amalan yang akan mendatangkan kecintaan Allah dan juga kecintaan manusia kepada kita.
Fahami Penderitaan Penduduk Palestin Untuk Terus Beri Sokongan - Dr Mahathir
22 Januari, 2011 23:31 PM
Fahami Penderitaan Penduduk Palestin Untuk Terus Beri Sokongan - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat Malaysia sentiasa belajar dan memahami masalah penduduk Palestin untuk terus memberi sokongan sehingga akhirnya merealisasikan kewujudkan sebuah negara Palestin yang aman dan merdeka.
"Kita (rakyat Malaysia) perlu menyumbang apa yang termampu bagi membantu penduduk Gaza sehingga masalah ini diselesaikan," katanya ketika melancarkan Viva Palestina Malaysia (VPM) di sini malam ini.
Beliau berkata sebagai contoh, penduduk Palestin amat memerlukan bekalan air dan makanan.
"Mereka sentiasa kekurangan bekalan (air dan makanan) dan bergantung kepada sikap prihatin masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan," katanya.
Jika Semuanya Milik Allah... Apakah Sebenarnya Yang Aku ada?
Siapa yang jadikan mata kita ?
Mereka menjawab : Allah
Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?
Mereka : (terdiam)
Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.
Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?
Thursday, January 20
Pendidikan Seks di Sekolah; wajarkah?
Khamis; 20/1/2011
5.15 pm
Oleh: Anis Nurdiniey/ Sains Gunaan Tahun 2.
ISU MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH.
Isu pendidikan seks. Wajarkah?
Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers).[Utusan Malaysia online]
Pendidikan Seks telah dimasukkan dalam sistem pembelajaran pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bermula tahun ini. Matapelajaran ini dimasukkan di bawah kurikulum Pendidikan Jasmani.
Tetapi wajarkah?
Tuesday, January 18
JADUAL QIAMULLAIL PERDANA TAHUN 2011.
Selasa; 18/1/2011
9.33 pm.
JADUAL QIAMULLAIL PERDANA - Anjuran PMIUSM dan PIUSM.
Salam warahmatullah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
InsyaAllah program Qiamullail Perdana diteruskan lagi pada semester ini. Tarikh seperti yang tertera di atas.
InsyaAllah program Qiamullail Perdana diteruskan lagi pada semester ini. Tarikh seperti yang tertera di atas.
Program akan bermula pada 4.30 pagi ahad. Jadi, anda digalakkan beriktikaf di masjid pada sabtu malam tersebut supaya boleh berqiamulail secara berjemaah pada pagi ahad tersebut.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Mudah-mudahan Allah akan meredhai usaha kita dalam merebut keredhaanNya ini. InsyaAllah..
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Mudah-mudahan Allah akan meredhai usaha kita dalam merebut keredhaanNya ini. InsyaAllah..
Syukran.
Saturday, January 15
Kelas Kemahiran Berfikir Menurut Kaedah Usul Fikh.
Sabtu; 15/1/2011
Kelas Kemahiran Berfikir Menurut Kaedah Usul Fikh
Tempat: Dewan Muzakarah, USM
Masa: 8 pagi- 12 tghari.
Tarikh: Setiap Ahad minggu ke-3
Bayaran: RM 10 [pelajar], RM 15 [awam]
Hubungi:
Tempat: Dewan Muzakarah, USM
Masa: 8 pagi- 12 tghari.
Tarikh: Setiap Ahad minggu ke-3
Bayaran: RM 10 [pelajar], RM 15 [awam]
Hubungi:
Hanif; 0194422839 [muslimin]
Muslihah; 0194490693 [muslimat]
Muslihah; 0194490693 [muslimat]
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.
p/s: inshaAllah Kelas Usul Fiqh akan bermula mulai 23hb Januari 2011 di Dewan Muzakarah, P.Islam..
Mohon kerjasama sahabat-sahabat semua untuk sama-sama menyebarkan info ini kepada sahabat-sahabt yang lain. Mudah2an Allah akan mempermudahkan semua urusan kebaikan ini. insyaAllah. syukran. :)
Mohon kerjasama sahabat-sahabat semua untuk sama-sama menyebarkan info ini kepada sahabat-sahabt yang lain. Mudah2an Allah akan mempermudahkan semua urusan kebaikan ini. insyaAllah. syukran. :)
Friday, January 14
USM Sedia Bantu Pembangunan Di Palestin.
Jumaat;
14 Januari 2011
2.36 pm
Allah berfirman, maksudnya: "Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]
GEORGE TOWN, 13 Jan (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia untuk membantu kerajaan Palestin dalam membangunkan terutamanya sektor pendidikan di negara tersebut.
Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pertolongan USM bukan sahaja dalam soal pendidikan tetapi dalam pelbagai bidang lain yang USM mempunyai kepakaran dan pengalaman.
Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pertolongan USM bukan sahaja dalam soal pendidikan tetapi dalam pelbagai bidang lain yang USM mempunyai kepakaran dan pengalaman.
Tuesday, January 11
Monday, January 10
Pengumuman: KAUNTER URUSETIA KAMU'11
Perhatian buat semua sahabat2 warga USM;
insyaAllah kaunter pendaftaran untuk pengambilan urusetia Karnival Anak Muda (KAMU'11) akan dibuka DK Foyer bermula 11-14 Januari ini.
Marilah sama2 menyertai kami untuk menjayakan program KAMU'11 ini nanti. Mudah2an Allah meredhai.. :)
Saturday, January 8
Cerita: Enta, enti, kita sahabat baik.
Enta kan sahabat baik ana..."
Majdi angguk.
"Jangan tinggalkan ana ok?"
Majdi tersenyum.
****
Hujan di luar rintis-rintis. Bergabung bersama embun malam yang sedia sejuk.
Majdi menghembus nafas. Termenung. Perkataan 'sahabat baik' berlegar di kepalanya.
Memang sahabat baik. Tapi dia, seorang Zainah. Yang mana: Saya, enta. Dan kamu, enti.
Dan hari-hari yang berlalu. Dan dengan telinga yang semakin mendengar. Dan bersama mata yang terus membaca. Hati ingin terus berubah.
Hanzalah memerhati.
"Apa termenung bro?"
"Tak ada apa.."
Majdi jawab segan-segan.
" 'Dia' yang kamu tunggu, adalah kamu sendiri.."
Majdi mengangkat kening.
"Maksudnya?"
"Kamu yang menyunting dan gubah bunga yang kamu mahukan.."
Majdi sayang akan Zainah. Dia tak mahu sahabatnya itu menangis. Dia kenal akan sahabatnya yang amat memerlukannya. Yang selalu mengadu masalah padanya. Yang selalu bersama berkongsi cerita.
But she is still she. Still ustazah and not ustaz.
"Jom malam ni?"
"Ke mana?"
"Forum pembangunan Islam.."
Hanzalah tersenyum.
****
"Kenapa enta macam lain je?"
"Erm, tak ada apa. Ok je.."
"Ana tanya, jawab sepatah-sepatah je.."
"Tak ada apa Zainah. I'm ok je, dun worry :) "
****
Zinnirah
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Putus Asa dan Kegagalan
Oleh: M.H. Husin (Ilmu Pendidikan/3)
Dalam kehidupan kita pasti akan merasai takdir akan kegagalan terhadap sesuatu perkara malah telah menjadi sebati terutamanya pada makhluk yang bergelar insan. Namun, setiap kali kegagalan itu berlaku masih belum menjadi pengajaran dan iktibar kepada diri kita. Hal ini pasti akan disusuli dengan kekecewaan yang melampau. Sedangkan ini adalah perkara biasa dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. Setiap kali kegagalan itu dihadapi, terlalu sukar untuk diterima oleh hati ini. Ada saja persoalan yang ditimbulkan untuk mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Setiap kegagalan yang berlaku akan terdetik dalam diri kita akan perasaan berputus asa terhadap perkara yang dilakukan. Tapi adakah keputusan untuk berputus asa akan kegagalan ini merupakan penghujung kehidupan kita dan telah menjadi juram yang dalam untuk kita kecapi kejayaan sedangkan kita masih diberi ruang dan waktu oleh Allah swt untuk mencapainya. Kita pernah dengar ramai ilmuan dan tokoh yang tersohor akan mengahadapi banyak kegagalan sebelum kejayaan. Kegagalan ini juga membuatkan mereka lebih matang dalam menyusun perjalanan kehidupan berdasarkan pengalaman yang dihadapi.
Menjadi kebiasaan kepada kita sebagai manusia biasa yang amat lemah disisiNya, perasaan berputus asa pasti akan terlintas dalam hati kecil ini. Namun perasaan ini akan membuatkan kita berada dalam kerugian yang nyata setelah masa dan diri kita yang panjang telah dikorbankan untuk itu. Adakah perasaan ini berbaloi dengan apa yang telah kita kerjakan?
KAMU '11
PROGRAM AKAN DATANG PMIUSM:
Karnival Anak Muda (KAMU) 2011 anjuran PMIUSM.
Akan Datang di USM...
Tarikh: 8-13 mac 2011
Banyak program bermanfaat akan berlangsung; antaranya; ceramah, forum, booth pameran, booth jualan, sukan dan lain2..
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan;
Ilmi: 013-2447526
Atikah Arif: 013-5960949.
Akan Datang di USM...
Tarikh: 8-13 mac 2011
Banyak program bermanfaat akan berlangsung; antaranya; ceramah, forum, booth pameran, booth jualan, sukan dan lain2..
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan;
Ilmi: 013-2447526
Atikah Arif: 013-5960949.
Mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan kebaikan..
Thursday, January 6
PROGRAM TERDEKAT.
Sila tekan pada gambar untuk keterangan lanjut mengenai program.
BENGKEL RAWATAN ISLAM: "DIALOG DENGAN JIN- SATU REALITI"
PROGRAM MANIS
[MAHASISWI NADI INSAN SEPANJANG ZAMAN]
"SISWI PERIHATIN MASYARAKAT TERJAMIN"
TARIKH: 7-9 JANUARI 2011
TEMPAT: INSTITUT GMPS BATU GAJAH, PERAK.
Semoga Semuanya Akan Dipermudahkan Allah.
Wednesday, January 5
Akhlak Acuan Al-Quran.
Rabu, 5 Januari 2011.
7.40 am.
oleh: Wan Salwati; Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah & Perhubungan Kampus (LDP)
* Hindarilah sikap kurang puas hati dan perbanyaklah diam. Allah berfirman: Ertinya : ”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan orang yang menyeru manusia memberikan sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.” (An Nisa 114)
Ketahuilah, di setiap saat dan setiap tempat ada yang senantiasa memperhatikan dan mencatat setiap ucapanmu”Seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaaf 17- 18) Kerana itu, berbicaralah hanya yang perlu saja. Ringkaskan ucapanmu, serta cukuplah hingga sesuai dengan maksud pembicaraanmu.
2 PERKARA YANG DIANGGAP REMEH.
Rabu; 5 januari 2011.
12.45 am.
Perkongsian: Dua perkara yang kita anggap remeh temeh.
Allah itu adalah Tuhan yang wajib kita sembah. Allah itu adalah pencipta dan pentadbir pada setiap yang wujud di dalam dunia ini.
Dua perkara itu perkara asas. Ada orang akan kata pada saya: “Ala, ini semua saya dah tahu.”
“Benda ni belajar masa sekolah rendah.”
Nampak remeh dan lekeh. Ya. Memang remeh sekiranya dipandang dalam sekadar ayat. Mungkin tidak cukup bombastik. Atau terlalu biasa. Mungkin kalau keluar soalan dalam peperiksaan, yang ini kita tak payah baca pun boleh jawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























