Thursday, September 29

TAHNIAH PROF. DATO' OMAR, TERIMA KASIH PROF. TAN SRI DATO' DZULKIFLI

USM, Pulau Pinang: Persatuan Mahasiswa Islam USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof Dato' Omar Osman yang baru dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Khamis mengumumkan pelantikan Prof Datuk Dr Omar Osman sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) yang baru menggantikan Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak yang tamat perkhidmatan, Selasa lalu.
Pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu hingga 27 September 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pemilihan Omar adalah berasaskan kriteria yang ditetapkan kementerian selain pengalaman akademik serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USM sejak 2007.
Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Pembangunan Lestari USM selama dua tahun sejak 2005.
Prof. Omar, 53, berasal dari Pulau Pinang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan dari Polytechnic of Wales (University of Mid Glamorgan), United Kingdom (UK) selain Ijazah Sarjana Pembinaan Bangunan dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Projek dari Herriot-Watt University, UK.
Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan terima kasih kepada Prof Dzulkifli yang membawa banyak perubahan dan meningkatkan imej USM sebagai universiti APEX, sejak menerajui USM pada 1 Disember 2000, kata Mohamed Khaled.
Semoga dengan perlantikan ini, USM akan melalui pembaharuan dan peningkatan prestasi ke tahap yang lebih tinggi sebagai Universiti APEX,  insyaallah. Kepada Tan Sri Prof. Dato' Dzulkifli, terima kasih PMIUSM ucapkan, segala jasa Prof. Dzulkifli akan sentiasa dikenang dan PMIUSM mendoakan semoga Allah merahmati umur Tan Sri dan keluarga.

0 Pandangan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...