Sunday, September 11

PANTUN SELAMAT KEMBALI

Bismillahirrahmanirrahim......

Candat sotong, pukat ikan,
Habis sakit seluruh badan,
Puas sudah beraya sakan,
Kini ayuh pulang ke medan

Berjalan riang di dalam taman,
Sambil memegang buku bacaan,
Langkahan baru penuh keazaman,
Mengejar cita, menjulang kejayaan


 Meriah sungguh hari perayaan,
Ketupat, rendang, lemang pun ada,
Biar impian inginkan kejayaan,
Asalkan niat ikhlas di dada

Sibuk mengutip sampah sarap,
Kasihan melihat si nenek tua,
Ibu dan bapa sentiasa mengharap,
Jangan dihampa mereka berdua

Maniskan senyuman penuh ceria,
Tali penghubung antara bangsa,
Jadikan buku teman setia,
Moga menjadi pendamping sentiasa

Riuh-rendah suara tetamu,
Terhibur dengan anak si jawa,
Biar sibuk menimba ilmu,
Jangan dilupa ibadat pembersih jiwa

Kompang dipalu bermulanya seni,
Gendang diketuk si anak ramu,
Bersih hati, bersih rohani,
Nur penerang kedengkelan ilmu

Kuning-kuning disangka jerami,
Rupanya lalang di tepi titi,
Selamat kembali daripada kami,
Moga harapan menjadi realiti

Nukilan:


Nor Atiqah bt Ahmad
Naib Yang Di-Pertua
Persatuan Mahasiswa Islam USM
Sesi 2011/2012

0 Pandangan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...