Monday, August 8

AKHLAK MULIA, SYURGA MENANTI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum kepada semua. Sungguhnya  penulis menyayangi semua kerana Allah dan Islam.


Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur, selalulah ucap dan membiasakan dalam hati kita ucapan ini, kerana segala nikmat yang kita peroleh hanya dari Yang Maha Esa. ALLAHUAKBAR. Ramadhan, bulan suci, bulan yang penuh dengan rahmat. Sudah berapa hari ya? Sedar sedar, sudah hari ke-8. Sedih rasa kerana ramadhan akan pergi tidak lama lagi.

Baiklah, bagaimana Ramadhan sepanjang 7 hari yg sudah  berlalu? Adakah kita yakin amalan kita sepanjang ramadhan diterima? Adakah kita yakin puasa yang kita kerjakan dari pagi hingga petang Allah terima?

Ya Allah, bila terdetik pertanyaan seperti ini dihati, hati mulai takut....
Adakah amalan aku diterima?
Adakah puasa aku diterima??
kalau tidak diterima macam mana?

Cuba kita renung-renungkan. Contoh, puasa dalam bulan ramadhan.
kalau kita bertanya  kepada ustaz atau ustazah atau orang-orang  alim...
 "Adakah puasa saya sah?"
Semestinya ustaz itu jawab,
"Sah kalau kamu buat semua rukun sah puasa dan tidak buat perkara yang batal kan puasa.”
Kerana jika dilihat dari aspek rukun sah puasa, semestinya puasa kita sah.
Tetapi cuba kita tanya pula,
"Puasa saya diterima atau tidak oleh Allah?"
Apa ustaz itu jawab ya? Pasti ustaz itu berkata,
"Hanya Allah lebih mengetahui."

Baiklah, jika dilihat disini kita yakin puasa kita sah, tetapi kita dapat jaminkah Allah terima puasa kita?
Hanya Allah mengetahui. Itulah pentingnya untuk kita sentiasa beribadat kepadaNya.Sentiasa memohon kepadaNya. Kerana hanya Dia mampu melakukan segalanya.

Sepanjang ramadhan ini, bukan hanya cukup dengan berpuasa, kita juga perlu menjaga adab dan akhlak.
pentingnya semua ini, kerana akhlak ini merangkumi segalanya. Akhlak bersama ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai, bahkan akhlak bersama haiwan. Akhlak yang mulia perlu kita ikuti. Sifat mahmudah perlu sentiasa ada dalam hati kita dan sentiasa kita amalkan. Sesungguhnya akhlak yang mulia itu jambatan ke syurga. Mengapa akhlak itu penting? Kerana akhlak yang  baik pastinya akan menggembirakan orang sekeliling kita. Maka itu sudah pasti orang sekeliling sentiasa menyukai kita bahkan akan mendoakan kita.

Oleh hal yang demikian, kita perlu sedar bahawa akhlak juga perlu dijaga dalam bulan ramadhan ini....
insyaallah, jika kita sudah buat terbaik dalam semua hal,,pasti puasa kita diterima oleh Allah. Insyaallah...

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya ramadhan melatih kita untuk mengamalkan akhlak yang mulia. Apabila kita sudah biasa bersikap baik dalam bulan yang mulia ini,,tidak mustahil akhlak mulia kita akan berterusan sampai bila-bila dalam kita tidak sedar. Maka sudah pasti lahirlah seorang insan berakhlak mulia. Pastinya kita ingin berakhlak mulia seperti nabi kita Rasululullah SAW =)

Telah  diriwayatkan apabila Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha ditanya tentang akhlak dan sifat Baginda S.A.W, maka beliau menjawab :

"Akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-Qur'an"
(hadis riwayat muslim)

Maksudnya, Rasulullah S.A.W memiliki akhlak yang paling tinggi seperti yang diterangkan di dalam al-Qur'an kerana Baginda S.A.W telah mengamalkan segala sifat-sifat kemuliaan yang diperintahkan di dalam Al-Qur'an. Baginda S.A.W telah meninggalkan segala sifat-sifat kecelaan yang telah dilarang di dalam Al-Qur'an. Maka di sini, yakin dan percayalah bahawa Rasulullah S.A.W itu merupakan contoh tauladan yang hidup kepada segala akhlak mulia yang dikehendaki di dalam Al-Qur'an.

Ketinggian dan kemuliaan akhlak Baginda S.A.W telah diakui oleh para sahabat, yang merupakan kawan malah diakui juga oleh musuh dan lawannya.

Fikirkan dan renungkan.

Perkara ini nampak kecil tetapi besar kesannya jika kita amalkan atau sebaliknya. Marilah beribadah kepada Allah, amal akhlak mulia.  Pasti syurga  menanti anda...=)

Selamat beramal. Wallahu'alam.


Ditulis oleh:

Nurul 'Atiqah bt Arif,
Pengerusi,
Hal Ehwal Siswi
PMIUSM
Sidang 2011/2012

0 Pandangan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...