Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Sunday, October 31

KONSEP ‘USAHA, TAWAKAL DAN REDHA’

31/10/2010
Ahad 1.04 pm
Nurhidayah Binti Mat Ali
Sains Kimia/1
KONSEP ‘USAHA, TAWAKAL DAN REDHA’
Kita tidak akan terlepas daripada menghadapi sebarang ujian di dalam kehidupan ini dan di dalam konteks kita sebagai pelajar, kita perlu berhadapan dengan peperiksaan dan dugaan hidup yang mendatang. Pelbagai bentuk persediaan peperiksaan yang kita pernah dengar dan baca. Namun tahukah anda, dengan hanya beramal dengan konsep ‘Usaha, Tawakal dan Redha’, kita sebenarnya telah pun mencakupi semua persediaan peperiksaan yang sepatutnya kita lakukan?

Thursday, October 28

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

28/10/2010
Khamis; 2.30 pm
Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan
Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Memorandum Pengecaman IFF

28/10/2010
2.20 pm
Memorandum Pengecaman Penganjuran Festival Busana Muslim Atau Dikenali Sebagai Islamic Fashion Festival (IFF) Kepada Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Festival Busana Islam.
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri,
Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia merupakan Parlimen Mahasiswa pertama di Malaysia telah bersidang buat kali yang pertama pada 23 Oktober 2010 yang lalu. Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia ini diwakili oleh 39 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia dan 19 ahli yang terpilih daripada Yang Di-Pertua persatuan-persatuan/ kelab-kelab/ sekretariat-sekretariat yang berdaftar di bawah Universiti Sains Malaysia telah bersetuju sebulat suara tanpa perbahasan iaitu menerima usul tergempar mengecam penganjuran Festival Busana Muslimah atau dikenali Islamic Fashion Festival (IFF).

Wednesday, October 27

Isu Islamic Fashion Festival (IFF)

27/10/2010 10.44 am Awasi Islamic Fashion Show Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini. Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Tuesday, October 26

LAWAN Hawa Nafsumu!

26/10/2010 12.35pm
LAWAN NAFSU MU! Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Monday, October 25

Janji adalah Inspirasi


25/10/2010
3.45pm

JANJI ADALAH ASPIRASI-by Sufiah Maisarah

Menurut Abdullah Nasih Ulwan, salah satu jalan takwa adalah mu'aahadah...
selalu mengingati perjanjian dengan Allah...

janji yang ditutur di awal solat,

"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan Sekalian Alam.."

selamat bermua'ahadah...

Sunday, October 24

Allah menyeru kamu, Allah menjaga kamu.

Buang kesedihan kamu, kerana sesungguhnya kamu telah dimuliakan.
24/10/2010 9.20 am
ALLAH MENYERU KAMU, ALLAH MENJAGA KAMU. Manusia sering alpa dan mudah leka dengan kesenangan. Nikmat-nikmat yang melimpah ruah di sekelilingnya mudah membuatkannya lupa dengan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT sebagai hamba. Biasanya, manusia dengan banyak kesenangan, lebih cenderung menggunakan atau dipergunakan oleh kesenangannya untuk jauh daripada Allah SWT. Maka kadangkala, kehidupan akan di’gegar’kan oleh Allah SWT. Seperti orang yang mengantuk digegarkan oleh rakan di sebelah agar dia terjaga, maka begitulah ujian-ujian yang diberikan kepada manusia.

Thursday, October 21

PEMBETULAN TARIKH PROGRAM FORUM

21/10/2010 8.54pm
PERHATIAN! PEMBETULAN TARIKH PROGRAM FORUM MAHASISWA
FORUM MAHASISWA :"EMPAYAR CINTA KITA; APA KESUDAHANNYA?" TARIKH: 27 OKtober · MASA: 8:00 - 11:00 PM TEMPAT: DK SK 3; USM Penang

Monday, October 18

PROGRAM TERDEKAT: FORUM MAHASISWA

Sunday, October 17

DOSA-DOSA & FACEBOOK.

17/10/2010; 9.39pm. Dosa-Dosa & Facebook Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

Takabbur Seorang Hamba.

17/10/2010 9.20 pm. Takabbur Seorang Hamba. Mendengarkan tajuk di atas, apakah yang terlintas di fikiran kita? Dua perkataan yang berbeza maksud dan pelaksanaannya. Takabbur itu dicirikan oleh ulama kepada tiga ciri utama iaitu merasa diri lebih baik, menghina orang lain dan menolak kebenaran. Manakala hamba pula membawa maksud yang sebaliknya, penuh dengan sifat tawaduk dan rendah diri kepada sesama manusia apatah lagi kepada pencipta-Nya. ‘Takabbur Seorang Hamba’ pastilah tidak mungkin terjadi jika hamba itu sedar bahawa dirinya hanyalah seorang hamba dan bukannya siapa-siapa di dunia ini. Tetapi, ‘Takabbur Seorang Hamba’ tidak mustahil akan berlaku jika hamba itu lupa bahawa dirinya adalah hamba. Yang tidak punya hak ke atas hamba yang lain hatta kepada dirinya sendiri.

Tanggungjawab Sebagai Mahasiswa.

17/10/2010 9.06 pm. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MAHASISWA. Apabila kita menyebut tentang tanggungjawab pasti ramai yang mengetahui makna perkataan itu. Maksud tanggungjawab ialah kewajipan yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggungnya. Sebagai mahasiswa, kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar pada diri, keluarga, agama, masyarakat seterusnya negara. Kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar kerana pada usia inilah kita amat diperlukan untuk berkhidmat. Usia muda kita perlulah sentiasa diisi pelbagai tanggungjawab besar yang merupakan tarbiah secara tidak langsung untuk kita menghadapi masa depan.

Monday, October 4

PROGRAM BERAMAH MESRA BERSAMA ANAK YATIM

*klik untuk besarkan* PROGRAM BERAMAH MESRA BERSAMA ANAK YATIM TEMPAT: RUMAH JAGAAN NASYIYAH, BALIK PULAU. TARIKH: 16/10/2010 MASA: 8 PAGI HINGGA 3 PETANG BAYARAN: RM 10 TEMA: SENTUHAN KEHIDUPAN BUAT INSAN ISTIMEWA PENYERTAAN DIALU-ALUKAN!

Sunday, October 3

SEMURNI LEBARAN 2010

*klik imej untuk besarkan*
SEMURNI LEBARAN ANJURAN PMIUSM DENGAN KERJASAMA PUSAT ISLAM USM & PERSIS TARIKH: 7/10/2010 MASA: 8 MALAM TEMPAT: DEWAN UTAMA PELAJAR A (DUP A) ARTIS JEMPUTAN: AMAR SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Saturday, October 2

DEMI MASA: HIDUP INI ATAS PILIHAN DIRI

2/10/2010 3.17 pm (sabtu) Oleh: Nurul Intan Safinah bt Dzulkefli DEMI MASA: HIDUP INI ATAS PILIHAN DIRI Subhanallah. Cepat sungguh masa berlalu. Sebagaimana masa pantas meninggalkan diri kita yang masih terkontang-kanting mencari keredhaan Ilahi, ramadhan jua sudah pun jauh meninggalkan diri kita yang masih belum puas menghadam tarbiyyah kekasih itu. Seiring dengan pertambahan usia, menuntun juga bertambahnya tanggungjawab, beratnya amanah, perlu keluasan pandangan dan pemikiran, lebih mementingkan kerasionalan berbanding menurut kehendak nafsu. Mudah-mudahan kita akan menjadi lebih matang, tenang, berilmu dan menjadi insan yang lebih bertakwa, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...