Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Saturday, August 28

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU.

28/8/2010 12.18 pm Oleh: Afifah bt Yusof. NYDP 2 PMIUSM
Andai ini sepuluh malam Ramadhan terakhirku Ramadhan yang sering dirindui pada permulaanya kini semakin dilupakan apabila keghairahan menyambut syawal mula menyubur dalam diri. Lagu raya mula berkumandang membawa pelbagai impian dan harapan kepada sang pendengar,mula berkira-kira persiapan untuk menyambut syawal walaupun Ramadhan masih berbaki belas-belas hari lagi. Saf-saf Solat tarawih juga sudah mula berkurang tidak semeriah diawal bulan ramadhan dahulu. Dan setiap tahun,perkara ini tetap berulang walau disebut berkali-kali akan kemuliaan bulan ramadhan terutama di sepuluh malam yang terakhir.

HUKUMAN MANDATORI BUANG BAYI.

28/8/2010 12.05 pm Oleh: Anis Nurdiniey bt Ahmad Shapawi. Hukuman Mandatori Buang Bayi. 12 Ogos lalu, kabinet mengarahkan supaya individu yang terlibat dengan kes pembuangan bayi disiasat mengikut hukum Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh. Sejak akhir-akhir ini, masalah pembuangan bayi semakin berleluasa sehingga menjadi fenomena biasa yang terpapar di dada-dada akhbar. Malah, topik yang sama turut dibualkan iaitu pelaku kepada perbuatan tersebut yang melibatkan golongan muda-mudi masa kini. Tidak dinafikan zaman serba canggih dan maju dalam pelbagai cabang telah mengubah minda serta persepsi sesetengah individu pada masa kini sehingga mereka tidak dapat bertindak mengikut kewarasan akal dan iman.

CERAMAH IBRAH DARI PERANG BADAR

28/8/2010 10.54 am
PROGRAM TERDEKAT; CERAMAH IBRAH DARIPADA PERANG BADAR DI BULAN AL-QURAN 28 OGOS 2010 (SABTU) MASJID USM (SELEPAS TARAWIH) OLEH: USTAZ HAFIZUL B. HASSAN SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Thursday, August 19

OPS SAYANG REMAJA.

PERHATIAN! salam warahmatullah, Antum semua dijemput ke BENGKEL OPS SAYANG REMAJA. TARIKH: 22 OGOS 2010 MASA: 10 PAGI TEMPAT: dewan syarahan masjid negeri. Semua dijemput hadir! Syukran.

TINTA RAUDHAH ONLINE

Salam warahmatullah, Berita baik buat semua pengunjung, anda boleh mendapatkan keluaran Tinta Raudhah secara atas talian mulai sekarang. Sila lawat Tinta Raudhah Online untuk mendapatkan Tinta Raudhah versi soft copy anda sekarang! KLIK SINI untuk ke laman web Tinta Raudhah Online (TRO). Syukran.

Sunday, August 15

Jangan Jadi Manusia Yang Rugi.

Allah SWT memberi pahala berganda kepada hamba-Nya yang mengambil kesempatan keberkatan Ramadan. - Gambar hiasan
Jangan jadi manusia rugi Oleh: RAMLI ABDUL HALIM SEMACAM menjadi suatu tradisi pada setiap kali Ramadan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur. Tidak hairanlah kalau pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula.

Israel tingkat kawalan di Masjid al-Aqsa

Polis Palestin memandu seorang penduduk Palestin menuju ke pusat pemeriksaan Israel di Qalandia dekat Tebing Barat untuk bersembahyang di Masjid al-Aqsa, semalam. – AFP
sumber: [di sini] oleh: Anis Nurdiniey. BAITULMAQDIS, 13 OGOS 2010 :: Tentera zionis telah meningkatkan kawalan terhadap umat Islam Palestin dengan menambahkan bilangan polis di Masjid Al-Aqsa, semasa umat islam ingin menunaikan solat Jumaat pertama mereka dalam bulan Ramadhan,tahun ini. Mereka hanya membenarkan beberapa golongan sahaja untuk masuk ke dalam masjid Al-Aqsa tersebut, iaitu lelaki berumur lebih 50 tahun dan wanita berusia lebih 45 tahun sahaja yang dibenarkan menunaikan sembahyang di masjid itu.

Saturday, August 14

Ba Ro Kaf Ta= berkat.

oleh: NYDP 1 PMIUSM, Zabidi Bin Abu Hasan. Bismillahirrohmanirrohim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dalam perjalanan melangkah meniti bulan Ramadhan yang sudah tiba,ramai yang asyik mengira hari demi hari untuk menyambut bulan puasa. Ada juga antara kita yang menghitung hari untuk menyambut 1 Syawal yang akan menjelang tiba. Setiap orang berbeza cara sambutan untuk berdepan bulan Ramadhan. Satu perkara yang ingin disentuh adalah mengenai sifat manusia yang inginkan ketenangan dan kedamaian.

Sunday, August 8

Pelajar USM ke Gaza; sertai konvoi Ramadhan di Gaza

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.."
GEORGETOWN, 24 Julai, 16.55pm :: Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia(USM) Kampus Induk, Mohd Nur Hadi Hamsar, telah dipilih sebagai wakil pelajar Malaysia dalam konvoi "Ramadhan di Gaza: Ramadhan March For Freedom" yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) yang bermula dari 6 Ogos hingga 18 Ogos ini.

Friday, August 6

PERTANDINGAN MENULIS KHUTBAH.

*KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN.*

Program Sambutan Ramadhan.

PROGRAM SAMBUTAN RAMADHAN 1431H

Tentatif Program Hari Interaksi PMIUSM

Hari Interaksi PMIUSM 10/11 "Round Island" Tarikh: 8 Ogos 2010 Yuran: RM10

Wednesday, August 4

Hari Interaksi PMIUSM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...