Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.
Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.
17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.
Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.
"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104
- Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan. - Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti. - Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain. - MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015. - Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). *sumber: BERNAMA.Antara semua program yang disenaraikan, program MyBrain15 adalah program yang paling menarik perhatian umum kerana program tersebut menyediakan dana bagi melahirkan lebih ramai pakar berpangkat doktor. Atas kesedaran pihak kerajaan yang menyedari bahawa negara kita masih lagi kekurangan pakar dalam bidang-bidang tertentu, maka dana serta tabung pembiayaan diwujudkan bagi golongan yang ingin menyambung lagi pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Perancangan tersebut membuktikan bahawa kerajaan tetap perihatin kepada golongan pelajar serta pekerja yang masih ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Kewujudan tabung pembiayaan serta peruntukan kewangan dikatakan akan dapat meningkatkan lagi jumlah pemegang ijazah kedoktoran di dalam negara ini. Dengan adanya peningkatan golongan pakar ini, maka diharapkan mereka dapat menyumbang bakti kepada Negara dalam usaha untuk memacu ekonomi Negara ke arah pertumbuhan yang lebih besar, insyaAllah. Namun, dengan wujudnya sesetengah pihak yang mempunyai kerendahan nilai sivik, tidak mustahil, sasaran dan harapan negara boleh hancur. Hal ini disebabkan oleh pakar-pakar yang diharapkan dapat menuntun harapan negara untuk memacu kemantapan ekonomi ‘beralih angin’ ke arah negara-negara lain yang lebih pesat membangun dengan alasan tawaran gaji yang lebih tinggi. Tidak lama dahulu, kita pernah dikejutkan dengan berita lambakan tenaga doktor-doktor pakar (siswazah IPT tempatan) ke Singapura. Amatlah memalukan bagi kita apabila wujudnya istilah ‘kacang lupakan kulit’ mahupun ‘susu yang diberi, dibalas oleh tuba’ apabila wujudnya kes-kes graduan Intsitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang sanggup berhijrah ke negara luar semata-mata kerana ingin mengejar tawaran gaji yang tinggi hingga sanggup menggadaikan harga diri sendiri. Maka, adalah amat diharapkan bahawa para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) secara umumnya serta para mahasiwa/i Islam USM khususnya, supaya meningkatkan nilai jati diri serta memantapkan semangat patriotik di dalam diri masing-masing serta menanamkan niat dalam diri untuk bersama-sama membantu negara bagi memacu kemantapan negara baik dari segi ekonomi, sahsiah serta yang paling utama keteguhan pegangan agamanya. Kita selaku mahasiswa serta mahasiswi USM haruslah sedar betapa tingginya harapan negara terhadap kita memandangkan dana pinjaman serta biasiswa yang diberikan kepada kita adalah merupakan hasil titik peluh rakyat yang mengharapkan agar kita dapat menyumbang bakti kepada negara setelah bergraduasi nanti. Harus ditegaskan di sini bahawa kita adalah bakal-bakal pemimpin yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara kelak. Oleh itu ambillah pengajaran daripada kelemahan serta kesilapan dari kepimpinan yang sedia ada sebagai tanda aras atau petunjuk bagi kita sebagai generasi pelapis untuk memperbaiki serta memperbetulkan segala kekurangan yang ada sekarang. Jika kita selaku generasi Islam yang bijak pandai ini sendiri tidak lagi sensitif untuk memikirkan permasalahan ummah serta hanya sekadar sibuk untuk mengejar kemewahan sendiri, maka pada siapakah dapat kita sandarkan harapan ini? Tegarkah kita membiarkan negara tercinta ini kelak dipimpin oleh generasi yang sudah hilang nilai integritinya hanya kerana wang ringgit? Renungilah firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 16 yang bermaksud; “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” Sejarah telah mencatatkan bahawa punca utama keruntuhan Bani Umayyah [di Damsyik (661-750M) dan Andalusia (756-1031M)] dan kehancuran kerajaan Abbasiyyah (750-1258M) adalah kerana kelemahan pemerintahnya yang lemah jati diri, bersikap boros, lemah pegangan agama, belot serta tamak. Keruntuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh runtuhnya nilai moral, kesedaran sivik serta nilai masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah, kemerosotan Tamadun Yunani, Romawi serta Tamadun Islam adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai moral pada pemimpin serta masyarakatnya. Seorang penyair Arab; Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan: “Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian moralnya. Sekiranya moral mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap.” Kesimpulannya, terapkanlah semangat sayangkan agama, bangsa dan negara dalam diri masing-masing kerana kita dinilai bukan sahaja dari tahap ketinggian ilmu, bahkan dari keteguhan sahsiah serta harga diri. Sesungguhnya, apalah lagi yang tinggal pada diri kita jika harga diri kita dengan mudahnya boleh dibeli dengan wang ringgit? Wallahu ‘alam. Rujukan; Zulkifli et.al (2009). Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam. Selangor: Straits Digital Sdn Bhd. http://blog.fendicentre.com/ BERNAMA.

[ klik GAMBAR PLAYER Untuk Mendengar Secara Terus Di Laptop Anda ]
Laman Asal Ikim.FM
Refresh player sekiranya mempunyai masalah
Lajnah Penerbitan Dan Multimedia, Persatuan Mahasiswa Islam USM - webmaster © 2011
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Firefox dan Internet Explorer
PMIUSM Kampus Induk | Dikuasakan Oleh BloggerCopyright © 2011 - 2012 PMIUSM