Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Sunday, May 31

Walimatul Urus Sahabat PMIUSM

Firman Allah s.w.t, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah al-Rum 30:21) "Seandainya semua wanita seperti isteri Hubaib ini, tentulah aku lebih mengutamakan wanita berbanding lelaki" (Madah Arab) Memetik madah arab di dalam buku Bidadari Dari Timur, buku tersebut ada menceritakan secara ringkas kisah Hubaib Ibnu Musallamah al-Fihri iaitu perajurit perang dengan isterinya yang juga seorang srikandi. Pada suatu ketika, Hubaib telah menerima arahan daripada Saidina Uthman al-Affan untuk memberi pengajaran kepada tentera Rom yang begitu angkuh terhadap tentera Islam. Sebagai seorang panglima perang yang cukup tinggi ketaqwaannya kepada Allah, Hubaib menerima arahan daripada Saidina Uthman dengan penuh keyakinan tanpa dipalit sedikitpun kegusaran. Isteri Hubaib bertanya kepadanya, "di manakah kita akan bertemu di medan perang nanti?" Sebagai seorang suami yang menggalas tanggungjawab pejuang agama Allah, Hubaib menjawab persoalan isterinya, "Kanda akan berada di barisan paling hadapan, mengalahkan musuh Islam dan menunggumu di khemah tentera Rom jika Islam menang ataupun kita bertemu di syurga kelak!" Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa memenangkan tentera Muslimin ke atas kaum Romawi. Bergegaslah Hubaib ke khemah panglima Rom bertujuan menanti kehadiran isterinya di situ. Malah jauh lebih hadapan daripadanya. Saat itu juga Hubaib menitiskan air mata kagum terhadap peristiwa yang mengharukan tersebut. Persatuan Mahasiswa Islam USM mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat PMIUSM yang telah selamat dan yang akan diijab qabulkan. Antara pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya semalam ialah Siti Rogayah Bt Bahari(Mantan Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang 08/09) dengan pasangannya Mohd Afzan Bin Amir Hamzah di rumahnya bertempat di Jalan Sungai Karok, Alor Setar Kedah. Diucapkan semoga masjid yang dibina akan berkekalan di dunia dan sudah pastinya di akhirat kelak.Di samping itu, tahniah diucapkan kepada Sheikh Hizami Bin Sheikh Abdul Hadi(Mantan Yang di-Pertua PMIUSM 06/07) & Radieah Binti Mohd Nor(Mantan Tim.Pengerusi Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah 06/07), Adi Syahid Bin Mohd Ali(Mantan Pengerusi Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah 08/09) & Fatariah Bt Zakaria(Mantan Tim.Pengerusi Lujnah Ekonomi 05/06), Muhammad Amir Shahreza Bin Hj. Abdullah(Mantan MPP 06/07) & Siti Mariam Binti Ismail(Mantan Tim.Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Akademik 07/08) dan Husnil Amariyati dengan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, 31 Mei 2009.

Kenapa kita perlu belajar Sejarah?

oleh Muhammad Ashraf Mohd Saleh Mantan YDP PMIUSM 08/09 http://ashrafsalleh.blogspot.com Kenapa kita perlu belajar sejarah? “kalau nak ikut kepala aku, tak payahlah belajar sejarah ni, ni cerita orang dulu-dulu, semua orang ni dah mati, sekarang ni zaman kita, kita buat kepala kita jelah” Ha...ini kata-kata yang diungkapkan seorang kawan sekelas saya ketika tingkatan tiga, tidak direka-reka. Anda setuju? “Hang kata tu betul, kalau dok pikir benda-benda lama ni buat sakit kepala, tapi benda-benda lama ni macam back mirror motor kau tau. Kau nak gerak depan, kau kena tengok belakang jugak” Ini pula kata-kata achik masa tahun satu, sambil baring kat katil bob Betul, sejarah itu mengajar kita realiti, sesiapa yang melupai sejarah, akan mengulangi kesilapan lalu. Sesiapa yang belajar dari sejarah akan tahu ke mana dia harus melangkah ke arah mencapai cita-cita. Namun, persoalannya sekarang, sejarah sampai mana perlu kita tahu, cukupkah sekadar kita belajar dari kesilapan diri kita sebelum ini? Atau menjangkau kepada sejarah nenek moyang kita? Atau sudah cukup kita mengetahui sejarah bangsa kita? Sampai mana? Sudah pasti mereka yang berjuang bermati-matian untuk negara kerana mereka tahu dan menjiwai sejarah dan perjuangan orang-orang terdahulu, saya adalah peminat sejarah, subjek yang paling saya minati ketika darjah lima adalah kajian tempatan kerana ketika ini banyak disebut akan sejarah kerajaan Melaka, kedatangan Portugis,Belanda dan Inggeris. Ketika itu,markah kajian tempatan saya paling tinggi dalam kelas, tetapi untuk subjek lain hampir semua cukup-cukup makan sahaja (haha). Masuk sekolah menengah, minat saya semakin bertambah, melihat bagaimana, suatu ketika krisis tiga segi diantara Melaka (Portugis)-Acheh-Johor dalam menguasai selat Melaka ketika itu. Kejatuhan negeri-negeri melayu kepada British, pendudukan jepun, pemerintahan komunis selama 15 hari. Kewujudan UMNO, keluarnya Dato’ Onn dari UMNO kerana ahli UMNO tidak mahu menerima keahlian bukan melayu, dan bermacam-macam lagi. Hampir semua itu saya baca dengan minat ketika itu. Namun, kini saya tertanya-tanya ke mana perginya nama-nama pejuang kemerdekaan yang dihumban ke dalam ISA oleh British, seperti Dr.Burhanudddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Mohamad yang tempang? Di mana sejarah kewujudan Hizbul Muslimeen yang diasaskan Abu Bakar Baqir? sejarah perhimpunan 10,000 penggerak Hizbul Muslimeen di gunung semanggol. kenapa para ulama' selepas Hizbul Muslimeen diharamkan bersama UMNO ketika menuntut kemerdekaan, sebaliknya sebaik mencapai kemerdekaan mereka keluar UMNO dan menubuhkan PAS? Betulkah Shamsiah fakeh itu menganut ajaran komunis apabila masuk komunis? Kenapa ramai tokoh-tokoh agama itu masih kekal bersama komunis, walaupun UMNO telah ditubuhkan dan kemerdekaan telah dicapai? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Betulkah Tok janggut menentang British kerana mahukan hak mengutip cukai? Bagaimana pula Haji Abdul Rahman Limbong? Malah, betulkah tujuan kedatangan British adalah untuk mendapatkan rempah? Kenapa tidak mereka beli sahaja rempah itu? Kenapa perlu sampai mereka keluarkan kos dan tenaga dalam berperang dengan orang melayu? Adakah orang melayu enggan menjual rempah ketika itu? Banyak catatan-catatan yang tidak sampai kepada masyarakat, Tok Janggut bangkit berjuang menentang British kerana mendapat surat perutusan daripada Khilafah Uthmaniyyah untuk menghalau British, kerana British datang dengan tujuan meruntuhkan aqidah umat islam. Sehingga kini, surat itu masih ada, kenapa tiada dalam buku teks? Semua orang melayu yang masuk komunis, benarkah mereka ini menganut ajaran itu? Betulkah mereka ini pengkhianat? Atau mereka masuk komunis kerana itu sahaja jalan ke arah membebaskan penjajahan pemikiran British. Sejarah ada mencatatkan bagaimana orang yang masuk hutan dalam keadaan tidak kenal agama, keluar dari hutan mampu mengajar al-Quran. Kalau betul British datang untuk mengaut hasil bumi, kenapa perlu sampai mereka mengawal pentadbiran, mereka boleh sahaja datang dan membuat urus niaga yang jauh lebih mudah dari mentadbir Tanah Melayu. Kenapa sistem residen yang diperkenalkan di perak selepas perjanjian Pangkor hanya memberi hak adat dan ritual agama kepada sultan, sedangkan kehakiman, pentadbiran, kewangan adalah di bawah kepala British? Bukankah ini unsur sekularisma yang amat jelas? Apakah niat British sebenarnya? Semua ini adalah persoalan yang kabur di kepala saya, akhirnya timbul satu persoalan, bolehkah sejarah yang tertulis dalam buku teks sejarah Malaysia itu saya percaya? Apabila saya berkenalan dengan blog saifulislam.com, artikel yang paling menarik minat saya adalah yang menyentuh sejarah, sejarah di saat keruntuhan khilafah terutama sekali, bagaimana pemikiran masyarakat islam ketika itu, surat Maharaja Meiji kepada Khalifah Sultan Abdul Hamid II, peranan Mustapha kamal yang dimainkan dalam menjatuhkan khilafah. Semakin lama, apabila mengikuti kelas agama Ust Shamsuri, sama ada melalui CD atau live di masjid-masjid, semakin jauh dan dalam sejarah itu ditempuh dan sudah pasti memberi gambaran yang lebih jelas akan kedudukan bangsa melayu dan islam, malah ia juga memberi jawapan untuk apa sepatutnya kita selaku manusia berjuang, jangan kita menjadi sebagaimana pejuang bangsa Arab ketika era khilafah dahulu. Betul, sejarah mengajar kita banyak perkara, malah sejarah jua yang memberitahu kepada kita yang mana salah, yang mana betul, jika anda hanya membaca sejarah negara dan bangsa ini, maka anda akan menjadi pejuang bangsa, namun jika anda membaca sejarah hingga kepada asal kejadian manusia, inshaAllah, anda akan sedar untuk apa anda hidup di dunia ini...

Saturday, May 2

Sex affair just to spite parents

KUALA LUMPUR: More underage girls are having sex to get back at their parents for neglecting them. This startling information was revealed by police who said that the girls had initially claimed they were raped but later admitted to have consented to sex with their boyfriends. Statistics compiled since 2005 showed that the number of girls below 16 years old who are sexually active has been increasing every year. The study also revealed that an alarming 60% of girls between the ages of 13 and 15 had sex because they “wanted revenge” on their parents. Sex with a girl aged under 16 is classified as statutory rape under the Penal Code. The girls, largely from urban areas, confessed that they had befriended men as they were angry with their parents for subjecting them to emotional and physical “abuse”. While some had sex with men just to get back at their parents, others were coerced into it by the very men they had turned to for solace, said Asst Comm Suguram Bibi Munshi Deen, head of the Sexual Abuse and Children’s Division at Bukit Aman. Noting that teen rape had risen since 2005, she said that the victims – mostly from cities and major towns in Selangor, Johor and Kedah – usually ended up pregnant. “We are not pointing a finger or exposing the private lives of families but the public must realise what is happening,” said ACP Suguram Bibi. “Children, teenagers and youths are our future leaders and we as adults, parents or guardians must guide and instil in them right and proper values.” Statistics from 2005 to 2008 showed 75% of the rape victims were below 18 years old and at least 60% of the girls were below 16. Boys below 18 made up between 8.4% and 13.6% of the “rapists”. The study also showed that teenagers got bored easily, craved attention or wanted the freedom to express themselves. ACP Suguram Bibi said parents should educate sons to respect the opposite sex and not take advantage of them. “We also found that some boys were challenged by their peers and forced to commit sex acts to prove that he was one of the gang and to stop being ridiculed.” She advised parents to understand the law better and welcomed inquiries from anyone on investigation procedures in sexual assault cases. Sumber:http://thestar.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...