Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Friday, October 31

Ayuh Pemuda Pemudi Islam!!

Karangan Ahmad Sufian Bin Shohor Sains Biologi/2 Umar bin Abdul Aziz membersihkan kedua-dua tangannya. Dia berdiri di depan makam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah Bani Umaiyyah sebelumnya. Berdasarkan wasiat almarhum, Umar bin Abdul Aziz memegang tahta khalifah. Baru saja Umar bangkit berdiri, tiba-tiba dia mendengar suara riuh. “ Ada apa?” Tanya khalifah ke-8 Bani Umaiyyah itu kehairanan. “ Ini adalah kenderaan tuan, wahai Amirul Mukminin,” ujar salah seorang sambil menunjukkan sebuah kenderaan mewah yang khusus disediakan untuk khalifah. Dengan suara gementar dan tersekat-sekat kerana keletihan dan kurang tidur, Umar berkata, “Apa hubungannya denganku? Jauhkan kenderaan ini. Semoga Allah memberkati kalian.” Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini. Baru sahaja dia duduk di belakang haiwan itu, serombongan pengawal datang berbaris di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam. Mereka sedia menjaga khalifah daripada bahaya. Melihat kehadiran pasukan itu, Umar mmenoleh hairan dan berkata, “Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum muslimin. Aku berjalan pagi dan petang sama seperti rakyat biasa.” (Sedikit petikan dari buku Belajar Dari Dua Umar) Satu lagi kisah tauladan yang cukup cantik kepada umat Islam hari ini. Khalifah Umar Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang dapat mengenal pasti harta rakyat dan harta peribadi. Pada diri beliau redha Allah SWT adalah segala-galanya. Tidak terdetik pun di hati khalifah Islam ini untuk membolot semua harta yang terang-terang ada di depan matanya. Hatinya bersih dari racun duniawi. Baginya, kenikmatan di dunia ini hanyalah sementara berbanding dengan kenikmatan di akhirat kelak. Ya, sekaranglah waktunya untuk kita mendidik jiwa kita dan jiwa orang lain untuk menjadi seperti jiwa khalifah Islam ini. Walaupun suasana sekarang tidak langsung sama dengan suasana di zaman kegemilangan Islam dahulu. Tetapi kita perlu tahu bahawa seorang yang hebat itu lahir di dalam suasana yang kotor lagi hina. Lahirnya Insan Mulia, Nabi Muhammad SAW di dunia ini di tanah Makkah yang penduduknya menyembah bahala. Penduduknya mengamalkan 1001 macam perbuatan jahilliyyah. Meminum arak adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Apatah lagi berzina dan berjudi kerana arak itu pintu segala maksiat. Tetapi itulah hakikatnya. Seorang yang hebat itu ialah seorang yang dapat menjaga hatinya dari dicemari oleh atom-atom jahilliyyah, molekul-molekul nafsu dan maksiat dari bertindak balas dengan hati kita. Itulah realiti yang perlu kita hayati. Bukan sekadar menghayati, tetapi kita tonjolkannya di alam realiti. Tidak banyak bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang. Sifat jahilliyyah itu tetap sama. Cuma yang membezakannya ialah jahiliyyah zaman sekarang lagi advance dari dahulu. Dahulunya kaum Nabi Lut a.s hanya melakukan seks di luar batasan tanpa menghiraukan arahan rasulnya. Tetapi sekarang, ada segelintir manusia ini melakukan hubungan haram ini dengan menggubal undang-undang semata-mata untuk menjaga hak meraka. Dengan kata lain kita menentang arahan Allah dan RasulNya dengan menggunakan akal. Mungkin kita telah lali dengan banyak berita yang memaparkan tentang sikap pemimpin kita yang terlibat dengan rasuah. Kita juga mungkin sudah jemu dengan berita tentang pemimpin kita yang dengan senang hatinya mengambil duit rakyat. Ya, inilah realitinya! Yang membuat semua perkara mungkar ini bukanlah orang lain. Tetapi mereka yang beragama Islam juga. Sama seperti kita. Semua ini menjatuhkan fitnah kembali kepada Islam. Bagaimana rasanya jika ada orang yang belum Islam bertanya kepada kita, adakah Islam menggalakkan penganutnya rasuah? Rasa-rasa apakah perasaan kita waktu itu? Sukar untuk kita gambarkan. Islam yang kudus telah dikotorkan oleh penganutnya yang kotor sehingga hilang serinya sekarang. Apa yang kebanyakan orang bukan Islam nampak Islam adalah suatu agama yang kotor dan jijik. Bagaimanalah hendak elok prestasi umat Islam sekarang kalau pemimpinnya pun masih lagi dibelengu oleh bermacam kemungkaran. Maka tidak hairanlah sekarang ini berlakunya bermacam kemungkaran. Bukan sahaja di tempat-tempat awam, malahan di gedung ilmu seperti di universiti juga sama. Pemuda dan pemudi Islam disajikan dengan hiburan yang melampaui batasan syariat. Sedangkan keluar sahaja kita dari universiti kita akan memimpin masyarakat. Boleh tak kita bayangkan bagaimana keadaannya jika orang yang telah dididik dengan hiburan ini keluar ke lapangan masyarakat? Semua ini hanya merosakkan masyarakat kita. Sudahlah remaja di luar kampus pun sudah teruk, yang dalam kampus pun teringin mengikut jejak langkah mereka. Yang paling teruk ialah, ada segelintir orang Islam sendiri yang mempertahankan tradisi jahilliyyah ini. Jahilnya suasana sekarang lebih hebat dari jahiliyyah dahulu. Itulah realiti yang kita perlu hadapi. Di waktu inilah peranan pemuda-pemudi harapan ummah diperlukan untuk merawat luka yang kian parah yang sedang dihadapi oleh Islam. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum pemuda ialah kaum perobah. Tetapi bukan semua pemuda itu ialah pemuda perobah. Pemuda/I harapan ummah ialah pemuda/I yang hidup matinya untuk Tuhan sekalian alam. Ubudiyyahnya hanya untuk Tuhan yang Maha Kuasa sahaja. Tidak pada yang lain. Di dalam hatinya sentiasa mengalir deras kalimah-kalimah suci nama Sang Pencipta. Dan matlamatnya untuk Islam hanya satu, iaitu ingin meneruskan kesinambungan dakwah yang pernah dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW tanpa mengenal penat dan lelah, sehingga tertegaknya khilafah Islam (menang) ataupun bertemu dengan Tuhan yang Maha Pengasih dengan membawa hantaran shuhada’. Gerakan dakwah yang penuh strategis perlu kita atur. Gerakan dakwah memerlukan kaedah yang bisa menembusi dan merobohkan benteng taghut. Gerakan dakwah memerlukan penggerak-penggerak seperti Ninja yang pakar menghadapi musuh dengan 1001 satu cara serangan.Tetapi tidak semua pendakwah itu ialah pendakwah. Pendakwah yang hebat ialah pendakwah yang istiqamah menjaga ibadah yang fardhu. Solat berjemaah di Masjid itu suatu kemestian. Solat Tahajjud itu baginya suatu keperluan, bukan lagi suatu ibadah yang dianggap sunat muakkad. Jika tidak dilakukan kesedihan melanda dirinya. Akhlak yang mulia dijadikan pakaian yang menghias diri. Jihad dalam semua amal kebaikan pula adalah kerja sehari-hariannya. Sunnah Rasulullah SAW menjadi landasan hidupnya. Kebanyakan orang Islam sekarang sudah meninggalkan cara hidup Islam yang syumul. Kebanyakan pemimpin Islam sekarang juga tanpa segan-silu menipu rakyat dan harta rakyat. Dihebohnya kepada warga dunia negara kita adalah negara Islam contoh. Tetapi mendapat ranking yang begitu memalukan dalam ranking Rasuah. Dikhabarkan kepada kita bahawa negara kita ini negara Islam yang menjadi rujukan negara lain, tetapi kaum pelapis negara kian hancur dengan segala kemungkaran yang tidak disekat dengan syariat Islam. Islam kalah di pentas kecermelangan akhlak tetapi menjuarai di pentas kemungkaran seperti rempit, berzina dan termasuk juga Akademi Fantasia dan yang sewaktu dengannya kerana rosaknya akhlak. Di sinilah peranan kita. Mari kita hapuskan kemungkaran yang bermaharajarela bermula dengan diri kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan sahabat-sahabat kita yang lain. Dakwah itu bermula dari dalam diri sendiri. Islam akan kembali dimuliakan kalau umatnya kembali membersihkan hatinya dari segala penyakit dan kotoran. Bertindak secara ekstimis semata-mata untuk menunjukkan perasaan kita untuk Islam bukanlah tindakan yang aula sebabnya tindakan itu tidak langsung menakutkan orang kafir. Tindakan yang utama ialah kita kembali mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah ubatnya. Ubat bagi segala penyakit yang sedang dihidapi oleh Islam. Hinanya kita umat Islam apabila ISLAM hanya untuk upacara akad nikah, solat jenazah, solat raya dan sebagainya. Mulianya kita sebagai umat Islam apabila ISLAM kembali diamalkan secara menyeluruh dalam hidup kita. WALLAHU A’LAM

Tuesday, October 21

Jika Bukan Kita, Siapa..

Karangan Sahabat PMIUSM mengapa para penggerak dakwah susah hendak diterima oleh orang biasa ? mengapa muslimat tudung labuh masih lagi dijauhi oleh mereka2 yang tak bertudung ataupun bertudung kecil ? mengapa laki2 yang berkopiah dan 'budak masjid' payah hendak bersama2 dengan golongan2 biasa2 ????? perjumpaan dengan para naqib tadi sedikit sebanyak menjelaskan, para pendakwah kekadang memilih bulu, memilih mad'u, memilih untuk bersama-sama dengan yang sekufu.. 'usrah' hanyalah daripada 'budak baik' kepada 'budak baik'. Ya !!! 'budak baik' perlulah terus diasuh supaya terus baik dan menjadi lebih baik.. malah boleh menjadi para penggerak yang baik.. tapi, bagaimana dengan golongan2 yang 'kurang baik', kelompok2 yang memuja nafsu, bergelumang dengan maksiat, sering melakukan fasad.?? harus terus dibiar? dengan alasan mereka sudah tidak dapat diubah.. boleh dibiar dengan alasan mereka tidak mahu berubah... renung kembali diri. siapalah aku seandainya Allah tak takdirkan untuk aku bersama2 dengan mereka2 yang sayangkan islam, cintakan Allah, kasihkan rasul.. SEORANG murid baru tamat pengajian dengan seorang alim. sebelum berpisah, guru tersebut bertanya kepada muridnya tersebut."siapakah yang lebih hina? apabila kamu bertemu dengan jawapannya, datanglah kembali berjumpa denganku. dengan itu, baru kamu benar2 telah tamat pengajian denganku." maka murid tadi berjalanlah untuk mencari jawapan tersebut. beliau bertemu dengan seorang pencuri. maka beliau berkata, "pencuri inilah yang hina. mengambil harta benda orang lain.. seketika kemudian, beliau terfikir. pencuri ini jahat pada masa sekarang. mungkin dia akan menjadi lebih baik daripada aku pada masa akan datang. sedangkan aku baik sekarang. mungkin aku akan menjadi lebih jahat daripadanya kelak. "aku lebih hina daripada pencuri tersebut". kemudian beliau bertemu pula dengan seorang yang tua. orang inilah yang lebih hina. tentu sekali beliau lebih banyak melakukan dosa daripadaku kerana umurnya yang telah panjang. seketika kemudian beliau terfikir. semestinya amalan kebaikannya lebih banyak daripadaku. "akulah yang lebih hina." beliau kemudiannya bertemu pula dengan budak kecil. "tentunya budak ini lebih hina". tiada apa2 kebaikan yang telah dia lakukan. seketika kemudian beliau terfikir. budak kecil ini tiada apa2 dosa untuk dihisab oleh Allah. maka akulah yang lebih hina daripada budak kecil ini." beliau meneruskan perjalanan dan kemudian bertemu dengan seekor anjing kurap lagi berpenyakit. "Hmm, anjing inilah yang lebih hina. bukan sahaja binatang yang kotor, badannya penuh dengan kurap. tiada siapa yang sanggup mendekatinya. lalu beliau berfikir.. anjing ini bukanlah makhluk yang akan dihisab oleh Allah. pada hari kiamat nanti. makhluk selain manusia dan jin akan menjadi debu2 yng beterbangan. maka mulianya anjing ini daripadaku kerana terlepas daripada penghisaban Allah.. "sesungguhnya akulah yang paling hina." maka, beliau berjumpa kembali dengan gurunya. "tuan, saya sudah berjumpa dengan jawapan untuk soalan tuan. Orang yang paling hina ialah diri saya sendiri. lebih hina daripada pencuri, lebih hina daripada orang tua, kanak2, malah lebih hina daripada anjing kurap." "jawapan anda tepat sekali." gurunya membalas. "walau ke mana2 sekalipun kita pergi, ingatlah dalam diri, bahawa kita ini hanyalah makhluk yang hina. tidak layak untuk menyombong diri, tiada layak untuk mendabik dada, tiada layak untuk mengaku pandai dan sebagainya. yang layak untuk membesarkan diri ialah ALLAH... "anda lulus wahai anakku." pergilah kamu bertebaran di muka bumi ini dan sebarkan kebaikan kepada orang lain... jadi..... siapalah kita untuk tidak mahu bersama-sama dengan orang yang kita anggap hina. ?? ilmu yang dipinjamkan oleh Allah, bukan untuk mereka yang sudah berilmu sahaja, tetapi untuk semua. memang kita tidak mampu untuk bersama2 dengan semua, tetapi, janganlah kita hanya memilih untuk bersama2 dengan kelompok kita sahaja... pengalaman aku bersama2 dengan kawan2 yang pelbagai latar belakang...kaki penipu?? kaki karaoke ?? kaki judi?? kaki minum arak? kaki perempuan ? kaki perosak perempuan ??.. realitinya, mereka inilah yang berada bersama2 dengan kita. sama ada kita pergi mendekati mereka, ataupun membiarkan mereka terus hanyut dalam dunia yang penuh kegelapan. terkapai-kapai mencari tangan2 yang mahu menyambut mereka, menyelamatkan mereka daripada terus lemas, lalu tenggelam dalam kesesatan. Siapa kata mereka tak kenal islam?? siapa kata mereka tak kenal tuhan?? siapa kata mereka tak tahu dosa, pahala.. masalahnya, tiada siapa yang mahu menegur apabila mereka melakukan maksiat. mereka mahu orang menasihati mereka, walaupun kekadang nasihat itu hanya diangguk2 sahaja. malah kekadang nasihat itu dijadikan bahan ketawa. tapi, itulah sebenarnya yang mereka mahukan daripada kita.. mereka sangat2 mahukan seseorang menegur perbuatan mereka. tapi.. tegurlah dengan cara yang 'kena' dengan keadaan mereka. jangan dimarah tak tentu hala. jangan menjadi qadi yang hanya tahu menghukum.. jangan!! jangan!! kelak mereka akan lari.. seorang qadi.. hukum membuka aurat, HARAM !! berdosa.. kena bakar api neraka.. tapi seorang dai'e,lain caranya.. mungkin dengan cara "ish, banyaknya bulu kaki. perempuan tengok, sure geli. tutup saja la. tayang pun xdak guna.. mungkin.. kita punya kebijaksanaan... malah kita lebih kenal dengan kawan2. cara mana yang elok, gunalah. tetapi jangan asyik menghukum, cuma jangan terus tinggalkan hukum. yang haram tetap haram.. cuba jelaskan perlahan2. anda semua pasti lebih arif. aku cuma memberi pandangan.... "Syam, macam mana aku nak berubah ha?" pernah aku ditanya oleh golongan yang @#$%.. satu perkara anda perlu bersedia. pastikan anda mampu memberi nasihat apabila diminta. jika dia seorang yang tegar, jgn terus dipaksa supaya berubah. tapi cadangkan supaya dimulakan dengan sesuatu yang kecil dan mudah dulu... pernah juga ditanya.. "hang ada tak kawan2 tudung labuh nak rekomen kat aku? nanti boleh dia nasihat aku jadi baik.." apa jawapan yang perlu aku bagi, sedangkan aku tahu, dah ramai perempuan diperdaya olehnya... hmm, pening2.. tapi begitulah karenah yang perlu dilayan. kekadang juga, apabila aku berada bersama2 mereka diluar, pukul 3 pagi, 4 pagi.. aku terfikir sendiri. benarkah aku ? aku yang berada dengan mereka? diajak keluar pukul 3 pagi.. hanya untuk pergi makan. nak tolak, ada yang beri alasan andai aku tak ikut, dia takkan pergi.. dalam keadaan mengantuk, lagi meletihkan, aku gagahkan juga hati dan diri...biarlah letih... kerana perkara2 sedemikian, kita dijadikan tempat rujukan. apa2 masalah ditanya. dihadapan kita, malu membuat perkara2 yang 'kurang elok'. sekurang2nya kehadiran kita dirasai.. begitulah keadaan masyarakat kita.. siapa lagi yang nak bersama2 mereka, untuk mengubah kalau bukan kita. mungkin kita tak dapat menjadikan mereka seperti yang kita harapkan, tapi sekurang2nya, itulah alasan kita di hadapan Allah nanti.. "Artikel yang cukup bermakna untuk dikongsi oleh seorang saudara seIslam yang cukup bimbang tentang masalah ummah di luar sana."

Golongan Yang Dimakbulkan Doa

Orang yang berada dalam kesusahan “Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu...” (Riwayat Tirmidzi) Orang dizalimi Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”

TIPS MENGATASI STESS MENGHADAPI EXAM DISTRIBUTIONS OF NORWAY RAT

Assalamualaikum w.b.t Bermula 3 November sehingga 21 November 2008, siswa siswi Universiti Sains Malaysia bakal menduduki Peperiksaan Akhir bagi Semester Pertama bagi Sidang 2008/2009. Seperti biasa, bahang peperiksaan sudah terasa. Mungkin ada sesetengah siswa siswi yang sudah mula tertekan dengan situasi peperiksaan. Memikirkan keadaan diri yang masih belum selesai membaca nota dan sebagainya. TIADA siapa pun yang tidak merasa cemas , gelisah , gementar dan tertekan apabila menghadapi ujian atau peperiksaan . Kesannya adalah sebahagian dari sifat semula jadi manusia.Sepatutnya , ia tidak membawa kita ke jurang putus asa dan menyerah kalah . Tidak juga kepada kebimbangan dan sakit-sakit . Sebaliknya , ia diterima sebagai perkara biasa dan menjadi pendorong untuk terus berusaha . Penawar bagi "penyakit" ini ialah : • Ingat dan katakan pada diri bahawa aku telah bersekolah dan belajar dari zaman kanak-kanak , hingga ke tahap yang ada sekarang . Aku telah melalui beberapa ujian . Lumrah . • Kesempatan untuk melepasi ujian dan rintangan kali ini , walaupun lebih mencabar , tidak harus dilepaskan dengan mudah . Tidak patut dipersiakan . • Pengorbanan ibu bapa yang telah dicurahkan terlalu banyak . Jadi kamu mesti tabah hati , untuk membahagiakan mereka . • Bukan kamu seorang yang menghadapi peperiksaan dan bukan kamu sahaja yang merasai apa yang kamu rasai . • Menarik nafas panjang dan dalam berulang kali . • Melakukan senaman ringan . • Sembahyang , membaca ayat-ayat Al-Quran , berzikir dan berdoa . • Kurangkan minuman bersusu dan makanan bergula . Lebihkan makan buah-buahan , roti , ikan dan sayur . • Senyum . Jadikan senyuman pakaian wajah pada setiap ketika . • Sembahyang , zikir dan doa . • Mendampingi ibu bapa , rakan karib dan guru . Cakap-cakap biasa dan pohon restu . • Rehat secara tidur sekejap , bersukan , bersenam dan seumpamanya . Kemampuan untuk mengawal diri dan menjadikan rasa runsing dan cemas itu menjadi pendorong sangat penting . Jika tidak dapat dikawal , maka terancamlah peluang kamu . Oleh itu kamu tidak ada pilihan lain . Kamu tidak boleh tunduk kepada kelemahan diri.Buktikan kemampuan kamu!!! Justeru, sama-samalah kita mengoreksi diri. Selamat Menempuh 'Final Exam' dan Semoga Berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...