Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Monday, August 25

Ramadhan Bakal Tiba

Adi Syahid Bin Mohd Ali Pengerusi Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah Persatuan Mahasiswa Islam USM Sidang 08/09 Salam ukhuwwah buat sahabat sekelian. Ramadhan pada tahun ini bakal menjelma tidak lama lagi. Tuntutan sebulan berpuasa merupakan tututan tarbiyyah yang menunutut kita supaya berusaha semaksima mungkin untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t. Dengan kita meninggalkan sedikit kenikmatan dunia demi mendekatkan diri pada pemilik alam ini. Di bulan ramadhan ini lah kita seupaya mungkin untuk mengenal alam spiritual atau rohani. Kita mungkin melihat kepada aspek tuntutan fizikal di bulan ramadhan seperti di larang untuk makan, minum dan beberapa tegahan lain. Tetapi itulah sebenarnya latihan untuk kita mengalih pandangan kehidupan material kepada memandang ke satu dimensi spiritual yang ada dalam kehidupan kita. Kemampuan kita untuk meninggalkan paradigma kita dari kehidupan yang berasaskan material semata-mata kepada satu paradigma rohani, merupakan kemenangan besar yang kita bakal julang dalam bulan yang mulia ini. Kemenangan inilah akan mengajar kita bahawa kehidupan kita di dunia ini bukanlah berasaskan keperluan kebendaan dan hawa nafsu semata-mata tetapi kita ada kehidupan lain yang tidak dapat kita lihat yang dinamakan akhirat. Kemenangan ini juga merupakan kemenagan agung(fawz adziim). Kemenangan ini akan di rayakan oleh seluruh muslimin yang lulus dari konkongan material tadi pada akhir Ramdhan yang selalu kita gelar sebagai HARI RAYA PUASA. Hari raya itu sebenarnya hari kita kembali kepada fitrah manusia iaitu penglihatan spiritual yang kembali segar dalam diri ummat islam. Maka disinilah wujudnya wehdatul fikr dan wehdatul amal ummat.. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat kembali kepada fitrah insaniah dari Dari Biro Dakwah Dan Tarbiyyah PMIUSM

Friday, August 22

Solat benteng Perbuatan Maksiat

SOLAT merupakan ibadah agung yang menjadi satu amalan wajib kepada semua Muslim. Ia adalah ibadah unggul yang merupakan asas penting yang terkandung dalam rukun Islam. Firman Allah: 'Dan dirikan solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu (terutamanya solat) akan menghapuskan dosa. Perintah Allah s.w.t yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.' - surah Hud:114. Sabda Rasulullah: 'Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Sifat seorang mukmin yang cemerlang dikaitkan dengan amalan sifat-sifat yang mulia berhubungan dengan sifat khusyuk dalam melaksanakan solat. Amalan solat yang sempurna boleh menyuci dan memberi ketenangan jiwa. Dalam satu riwayat hadis daripada Abi Uthman, katanya, ketika dia bersama Salman al-Farisi di bawah sepohon pokok, beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut. Lalu Salman menggerak-gerakkan dahan itu sehingga daun-daun pada dahan itu gugur. Kemudian dia berkata kepadaku: 'Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?' Saya bertanya, 'Beritahulah kenapa kamu berbuat begitu?' Beliau menjawab: 'Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah di hadapan saya semasa saya bersama baginda di bawah sepohon pokok. Baginda telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda bertanya kepada saya: 'Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini? Sahutku: 'Beritahuku mengapa tuan berbuat begitu?' Baginda bersabda: 'Sesungguhnya apabila seseorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solat lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini'. Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran dalam surah Hud ayat 11, Hadis Ahmad dan Tabrani. Amalan solat merupakan kemuncak kepada kepercayaan terhadap akidah dan yang menjadi matlamat dalam kehidupan. Percaya dan yakin kepada Allah bukan sahaja dengan kata-kata tetapi perlu diikuti dengan perbuatan yang ikhlas. Kepercayaan yang mantap akan mendidik jiwa raga agar sentiasa mengambil berat terhadap amalan dan perintah solat yang wajib. Dalam solat, banyak ungkapan ikrar dilafazkan. Antaranya seperti yang terkandung dalam iftitah dan tahiyyat. Contohnya: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah sekalian alam', 'Dan adalahku daripada golongan yang menyerah dan taat kepada Allah'. Ikrar ini akan diulang setiap kali ketika menunaikan solat agar akidah sentiasa mantap. Amalan solat juga mengandungi bacaan berupa doa. Ini didapati dalam surah al-Fatihah, dalam bacaan ketika sujud dan dalam bacaan Qunut. Contohnya: 'Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan Engkau murka dan bukan jalan orang sesat. Perkenankanlah.' Dalam solat juga terdapat zikir. Yang bermaksud lafaz lisan yang mengandungi pujian, sanjungan, merendah diri dan doa. Firman Allah s.w.t: 'Dan ingatilah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara yang keras, di waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau termasuk sebahagian daripada orang-orang yang lalai. Solat mendidik hati dan mensucikan jiwa. Solat yang sempurna dan khusyuk memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Hati dan jiwa yang resah gelisah menjadi tenang, tingkah laku buruk boleh dirawat dan menjadi benteng kepada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: 'Apabila Rasulullah mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat.' - hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Pintu taubat juga terbuka luas melalui amalan solat. Seseorang yang menghayati amalan solat akan berasa menyesal dan serba salah apabila meninggalkan solat. Tegas Rasulullah dalam sabdanya: 'Daripada Abu Hurairah r.a, saya mendengar Rasululah bersabda: 'Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu lima kali sehari, pada pendapat kamu, masih adakah lagi kekotoran (pada badanya)?' Para sahabat menjawab, 'Tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran'. Rasulullah bersabda: 'Maka demikianlah juga solat lima waktu. Melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Alhamdulillah..Najmah ditemui..

"Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah yang telah menemukan jasad Najmah..Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Ameen.." Sumber : http://www.kosmo.com.my TELUK BAHANG - Selepas hilang hampir 48 jam, mayat penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Najmah Nor Ismail, (gambar) 21, ditemui kira-kira 15 kilometer dari tempat jet ski yang dinaiki bersama tunangnya terbalik. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat Najmah ditemui oleh nelayan di Pulau Keramat, Tanjong Tokong pada pukul 10.30 pagi semalam. "Semasa ditemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan masih lengkap berpakaian,'' kata beliau ketika ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP) di sini semalam. Menurut beliau, nelayan tersebut kemudiannya menghubungi Balai Polis Teluk Bahang. Selasa lalu Najmah, penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan USM terjatuh ketika menaiki jet ski bersama tunangnya, Zulkhairy Haris, 27. Turut bersama menaiki jet ski tersebut ialah adik Zulkhairy iaitu Puteri Shamil Nabila dan kedua-dua mereka selamat. Hatta menambah, mayat itu kemudiannya dibawa ke HBP untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke Kajang, Selangor untuk dikebumikan. Dalam pada itu, suasana di bilik mayat HBP pilu dengan tangisan saudara-mara yang mengiringi jenazah Najmah.

Wednesday, August 20

Usaha Mencari Najmah

PASUKAN penyelamat berusaha mengesan Najmah yang dikhuatiri lemas di Pantai Kem Pengakap, Pulau Pinang semalam. ----------------------------------------------------------------------------------------- PULAU PINANG - Percutian sebuah keluarga di Pantai Kem Pengakap di Teluk Bahang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semalam. Mangsa, seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) terjatuh ke laut selepas jet ski yang dinaiki ber sama tunangnya terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu. Najmah Nor Ismail (gambar kecil), 21, yang berasal dari Kajang, Selangor adalah penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan di USM. Ketika kejadian, mangsa bersama keluarga tunangnya, Mohd. Zulkhairy Haris, 27, menginap di sebuah banglo di tepi pantai itu sejak kelmarin selepas mereka tiba dari Kajang sempena cuti sekolah. Menurut seorang ahli keluarga Zulkhairy, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. "Ketika itu, jet ski itu ditunggang Zul khairy manakala mangsa dan adik Zulkhairy, Puteri Shamil Nabila Haris, 10, berada di belakang sebelum terbalik. "Zulkhairy sempat memeluk Puteri Shamil manakala Najmah terus tenggelam," katanya. Difahamkan, Najmah baru bertunang pada Mei lalu dengan Zulkhairy yang bertugas sebagai pensyarah. Sumber : http://www.kosmo.com.my "Ya Allah..Kau permudahkanlah segala usaha yang dilakukan untuk mencari jasad saudara kami,Najmah dan Kau tabahkanlah hati ahli keluarga mereka dalam menempuh ujian yang menimpa mereka ini.Amin"

Friday, August 15

17 Ogos Gerhana : Apa Kaitannya Dengan Aqidah dan Apa Yang Patut Kita Buat

Sumber : http://the-authenthic.blogspot.com/2008/08/17-ogos-gerhana-apa-kaitannya-dengan.html Assalamualaikum WBT. Insya-allah pada 17 Ogos, Ahad ini akan berlaku satu lagi fenomena alam, lambang kekuasaan dan kebesaran Allah, iaitu gerhana bulan. Sesungguhnya fenomena ini berkaitan dengan aqidah, di mana ia adalah lambang perbersihan daripada karut marut dan khurafat. Di rekodkan di dalam alBukhari dan Muslim, di mana pada zaman Rasulullah SAW, tatkala kematian anak baginda SAW, Ibrahim, berlaku gerhana matahari. maka Rasulullah SAW menyampaikan satu kata-kata yang umpama halilintar, yang menyambar kesyirikan, kekarutan dan khurafat-khurafat. Kata Rasulullah SAW: "Bulan dan bintang adalah tanda (kekuasaan) Allah dan ia (bulan dan bintang) tidak menjadi gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang..." Sesungguhnya solat sunat gerhana merupakan satu sunnah yang semakin dilupai, maka wajarlah kita menghidupkan ia kembali. Selepas solat snat gerhana secara berjemaah, maka digalakkan kita memberi tazkirah atau peringatan kepada para jemaah. Di sini saya uploadkan risalah tentang kaitan gerhana dan akidah, serta tatacara solat sunat gerhana kerana tatacara solat sunat gerhana ada sedikit berbeza dengan solat-solat yang lain. Sila download dan sebarkan kepada saudara-saudara seIslam kita >> http://uploads.bizhat.com/file/249389 Di bawah ini saya lampirkan info tentang gerhana yang akan berlaku serta fatwa-fatwa yang saya temui di islamqa.com Wallahua'lam. Partial Lunar Eclipse On Aug 17 Print E-mail KUALA LUMPUR, Aug 7 -- Astronomy enthusiasts in Malaysia will have the opportunity to witness a partial lunar eclipse on Aug 17. According to the National Space Agency (Angkasa) in a statement here, people in the peninsular could see the eclipse from 2.25am to 6.44am while those in Sabah and Sarawak from 2.25am to 5.10am. The phenomenon could also be seen live at Angkasa's website, www.angkasa.gov.my/planetarium. In conjunction with the eclipse, Angkasa would host a special programme at the National Planetarium from Aug 12 to 17. Among the activities were a drawing contest, quiz and lecture. -- BERNAMA http://www.moi.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1723&Itemid=109 Partial Lunar Eclipse 17 August 2008 On 17th August 2008, we will have the opportunity to observe a partial lunar eclipse from 2.25 a.m. until 6.29 a.m. In general, lunar eclipse will occur when Moon passes Earth’s shadow during full Moon. Phases of partial lunar eclipse seen as in diagram 2 and its related explanation are at table1. The eclipse will start at 2.25 a.m. when the Moon start passing the penumbral shadow of the Earth (P1). But most observers will not be able to visually detect the eclipse since penumbral shadow is less dark. The eclipse can only be observed when the Moon start passing umbra (U1) at 3:36 a.m. until maximum phase at 5:10 a.m. The Moon will totally leave the Earth’s umbra shadow (U4) at 6:44 a.m. The eclipse can only be observed until 6:29 a.m. when the Moon set at 6:29 a.m. at Peninsular Malaysia. Residents of Peninsular Malaysia will have the opportunity to observe Partial Lunar Eclipse from penumbra phase (P1) until umbra phase (U4) meanwhile residents of Sabah and Sarawak only have opportunity to observe from penumbra phase (P1) until maximum phase only as time for Moon rise and set are different according the location. (Refer to Table 1 and 2) More Detail, download this file: http://www.angkasa.gov.my/attachment/RisalahPLE20082BI.pdf Fatwa-fatwa dari islamqa.com 1 If an eclipse is a natural phenomenon, then why should we feel scared and pray?. 5901 2 Salaat al-Kusoof (prayer when there is an eclipse). 6111 3 catch up with the eclipse prayer in the second rukoo’ of the first rak’ah. 6309 4 The call to the eclipse prayer should be made by saying “Al-Salaatu jaami’ah” . 9954 5 The eclipse prayer is prescribed when one sees an eclipse, not when one hears news of an eclipse from the astronomers . 7 Eclipse prayer after dawn.

Wednesday, August 13

Mahasiswa UiTM : SUK atau Putrajaya

Adi Syahid Bin Mohd Ali Exco Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah Persatuan Mahasiswa Islam USM Sidang 08/09 Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya UiTM dibuka kepada mahasiswa bukan bumiputera dan pelajar asing.(maaf kawan-kawan dari non-bumi) Universiti Tunku Abdul Rahman merupakan Universiti non-bumi,milik sahabat-sahabat dalam kalangan bangsa cina. Maka, adillah sekiranya UiTM adalah untuk Bumiputera, sebagaimana yang telah termaktub dalam perkara 153 perlembagaan persekutuan. Tetapi yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah kenapa cadangan dari seorang Menteri Besar Pakatan Rakyat yang langsung tidak mempunyai autoriti apa-apa kepada pembukaan kuota kepada non-bumi dan pelajar asing itu bertukar menjadi demonstrasi. Bagi saya, sebagai seorang insan yang begitu dhaif ini, walaupun menteri besar kerajaan pakatan itu memberi arahan supaya membuka segera kuota tersebut sebanyak mana sekalipun kepada non-bumi, mahasiswa UiTM tidaklah perlu bimbang dan hanya perlu senyum sinis sahaja. Ini adalah kerana, tiada apa-apa pun yang akan berubah walaupun itu adalah arahan segera daripada Menteri Besar sendiri. Sekalipun saya ada mendengar bahawa NC kesayangan UiTM itu sebenarnya telah membuka kuota tersebut kepada non-bumi, tetapi mungkin Pak Brahim boleh memperjelaskan bagi pihak saya(saya masih tidak percaya samada betul ke tak fakta tersebut). Tindakan para pelajar berdemonstrasi itu adalah tidak relevan dilakukan di hadapan Menteri Besar Selangor kerana demonstrasi yang sebenarnya bukanlah di SUK Selangor tetapi secara wajarnya di Putrajaya. Memorandum yang telah dibuat itu sebenarnya perlu di hantar kepada Pak Lah atau KPT supaya mereka tidak termakan dengan cadangan Khalid yang merapu atau entah apa-apa itu. Sekiranya kita ada membaca petikan akhbar, “Sementara itu, seorang penuntut UiTM, Sheikh El-Ash Shaff Shaik Daud, 22, melahirkan kebimbangan sekiranya cadangan tersebut diteruskan, nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain”(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm) saya yakin kita semua mesti tersenyum atau pun sampai tahap ingin ketawa terbahak-bahak. Nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain. Siapakah yang menentukan nasib universiti-universiti lain itu???Khalid Ibrahim atau kerajaan memerintah(pening-pening)???Fikir-fikirkan.. Nah apa lagi Mahasiswa UiTM tunggu!!!Berpiketlah ke Putrajaya dan bukannya ke SUK Selangor. Itulah sasaran sebenar yang harus di tuju oleh Mahasiswa. Jangan sampai satu dunia gelak pada kebodohan kita. Jangan melompat tidak tentu hala. Walhal Khalid Ibrahim langsung tidak boleh gugat UiTM dari pengaruh asing hatta dari planet marikh. Sudah pasti yang menganjurkan demonstrasi itu dalam kalangan pegawai HEP dan mungkin Pak Brahim,NC tersayang sendiri(ish tak pandai la mahasiswa UiTM yang aspirasi tu nak berdemo, demo kan tak baik dan haram bagi mereka). Bagi saya masa ini lah student UiTM bangkit untuk menyatakan pendirian sebenar dan wajah sebenar mahasiswa melayu UiTM yang cerdik bukan terpengaruh dengan mana-mana provokasi demonstrasi yang tidak memberi apa-apa kesan. Cadangan saya kalau tidak mahu ke Putrajaya, lebih eloklah sekiranya balik ke kolej masing- masing untuk siapkan tugasan dan belajar. Sekian.

Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor

Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor Sumber : http://www.utusan.com.my Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera. Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam. Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’. Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor. Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu. Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid. Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum. “Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya. Luqmannulhakim menambah: “Insya-Allah kami akan buat susulan bantahan fasa kedua dan ketiga. Kami akan memohon sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya baginda menitahkan soal pengambilan pelajar UiTM tidak dibincangkan lagi.” Ahad lalu, Abdul Khalid mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya. Sementara itu, seorang penuntut UiTM, Sheikh El-Ash Shaff Shaik Daud, 22, melahirkan kebimbangan sekiranya cadangan tersebut diteruskan, nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain. “Mula-mula diminta kemasukan 10 peratus tetapi lama-kelamaan kadar itu dipertingkatkan. Akhirnya golongan bumiputera lenyap dan tertindas di universiti sendiri,” ujarnya. Bagi Khairul Ashraf, 19, pula, UiTM perlu mengekalkan dasar penubuhannya untuk bumiputera agar lebih ramai anak Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. “Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya.

Monday, August 11

Bantahan terhadap Forum Memeluk Islam

500 bantah forum 'memeluk Islam' Muda Mohd Noor | Aug 9, 08 9:16am Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut. Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut. Ketika berucap kepada orang ramai, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang cenderung pada Umno, Jais Abdul Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam. Sepatutnya, kata beliau, forum itu diadakan secara tertutup. Katanya, ia kerana terbukti program anjuran Majlis Peguam sebelum ini, gagal menghalang peserta daripada mempertikaikan hak orang istimewa orang Melayu dan agama Islam. Mereka yang menyertai perhimpunan pagi ini adalah terdiri daripada wakil-wakil 29 badan NGO Islam. Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum". Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman". Turut kelihatan ialah pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Manakala pemimpin PKR yang kelihatan di situ ialah dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya. Ketika itu, forum tersebut sedang berlangsung di dalam bangunan dan telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga. Antara ahli panel yang dijadual bercakap di forum tersebut ialah Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik, Institut Kefahamam Islam, Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan peguam Syarie, Mohd Haniff Khatri Abdullah. Tarik diri Mohd Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam kes R Subashini. Yang lainnya ialah peguam K Shanmuga dan Ravi Nekoo, yang masing-masing mewakili Subashini dan S Shamala. Bagaimanapun, seorang ahli panel - bekas hakim Syariah dan kini menjadi pegawai pendakwaraya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - telah menarik diri. Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut berucap di perhimpunan bantahan tersebut. "Kita dicabar di bawah Seksyen 121 (A). Mereka tahu undang-undang, tetapi mahu mencabar agama Islam. "Kalau mereka hendak tahu (tentang) Islam, mereka boleh jumpa pegawai Jakim," katanya. Manakala Badrul Amin berkata: "Jika orang tidak ganggu agama orang lain, kita akan akan hidup aman. Polis berunding "Kita tidak ganggu agama Kristian, agama Hindu dan Buddha dan kita meminta jangan menghasut rakyat dengan isu agama," tambahnya. Sehingga jam 9.30 pagi ini, jumlah orang ramai yang datang menyertai perhimpunan bantahan tersebut telah bertambah kepada 500 orang. Kira-kira jam 9.31 pagi, wakil NGO terbabit sedang berunding dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman. Sebelum itu, seorang peserta mengatakan, jika forum tersebut tidak dihentikan, mereka akan merempuh masuk untuk menghentikan. Kira-kira jam 9.35 tadi, seorang peserta memberitahu melalui pembesar suara bahawa mereka memberi masa sehingga jam 9.45 pagi supaya forum tersebut dihentikan. Jika tidak, katanya, mereka akan masuk meminta peserta forum itu menghentikannya pada jam 10 pagi. Rundingan dengan ACP Dzulkarnian tadi disertai oleh tiga wakil NGO dan Salahuddin Ayub. Menurut laporan, antara NGO yang hadir ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia. Turut sama ialah Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida), Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan. Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/87517

Thursday, August 7

Latihan Futsal dan Bola Jaring

Assalamualaikum wbt..Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi sekalian..Adakah sahabat-sahabat semua sihat???Pengumuman!!! Lujnah Sukan, Sosial dan Kebudayaan Persatuan Mahasiswa Islam akan mengadakan Latihan Mingguan FUTSAL dan BOLA JARING kepada semua ahli PMIUSM yang berminat untuk menyertai. Latihan tersebut akan bermula pada : hari Sabtu(9 Ogos 08) jam 8:00 pagi - 10:30 pagi bertempat di padang Minden Sahabat-sahabat tidak perlu membawa apa-apa kecuali sahabat-sahabat semua mestilah berpakaian sukan. Jadi, kepada sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya!!!! Mahasiswa Sihat, USM Mantap!!!! Pesanan daripada : Timbalan Pengerusi Lujnah Sukan, Sosial dan Kebudayaan PMIUSM

Wednesday, August 6

Ummatic Awareness Week 08

Assalamualaikum wbt..Untuk makluman, Persatuan Mahasiswa Islam USM Kejuruteraan Transkrian menganjurkan satu program "Ummatic Awareness Week 08" yang akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Ogos 2008. Banyak program yang diadakan. Sekiranya sahabat-sahabat ada kelapangan, boleh turut menyertainya. Salah satu program yang akan diadakan ialah konsert nasyid yang akan dipersembahkan oleh kumpulan nasyid terkenal iaitu UNIC. Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin turut serta memeriahkan konsert pada malam tersebut, tiket boleh dibeli daripada sahabat kita di PMIUSM Kampus Induk. Untuk pembelian tiket, boleh hubungi Akhi Hisyam : 013-4424132 @ Ukhti Sri Murni : 013-4028750. Sama-sama kita meriahkan majlis sahabat kita di sana.InsyaAllah. p/s: klik poster untuk dapatkan paparan yang lebih jelas. :)

Ke Manakah Ilmu Membawa Kita??

Muhammad Ashraf Bin Mohd Salleh YDP Persatuan Mahasiswa Islam USM Sidang 08/09 Kita biasa mendengar sabda baginda nabi yang menyarankan kita menuntut ilmu, antaranya, ‘Jika kamu mahukan dunia, maka hendaklah kamu berilmu, jika kamu mahukan akhirat, maka hendaklah kamu berilmu, jika kamu mahukan kedua-duanya, maka hendaklah kamu berilmu’ (HR Bukhari) Sememangnya menuntut ilmu itu dituntut ke atas semua individu muslim, tanpa mengira lelaki atau perempuan, kerana ilmu itu cahaya yang menunjuk manusia jalan kebenaran, ilmu memandu manusia menuju jalan kehidupan yang benar, menegah manusia dari terbabas dari landasan. Ilmu yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar ilmu agama seperti ilmu tauhid, fiqh, tasawwuf, tafsir dan sebagainya, ilmu di dalam islam itu tidak streotaip. Ilmu-ilmu seperti kimia, biologi, perubatan, dan sepertinya juga termasuk dalam ilmu-ilmu islam, kerana hakikatnya semua ilmu di dunia ini datangnya dari Allah, malah Allah Maha Bijaksana. Kebijaksanaan Allah mengatur segala sistem-sistem dalam dunia ini merupakan petunjuk kepada mereka yang mencari makna diri. Allah berfirman yang bermaksud, ‘ sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, mereka yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): ‘Ya Rabbana!, tiadalah Engkau ciptakan sema ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, lantaran itu peliharalah kami dari azab nerakaMu’ (al-imran:190-191) Keyakinan akan wujudnya pencipta kepada alam ini turut diakui oleh seorang ahli sains, iaitu Sir Issac Newton, beliau berkata: ‘Janganlah ragu-ragu tentang adanya Yang Maha Pencipta, sebab tidak masuk akal, bahawa kebetulan yang mewujudkan pokok dari alam ini’. Keyakinan akan kewujudan Yang Esa akan timbul pada mereka yang berilmu, namun kita hairan mengapa ada di kalangan bijak pandai bergraduan dari universiti terbaik dengan rekod cemerlang, tetapi tidak mengenal Allah malah mengengkari perintahnya? Ada satu hadith yang berbunyi, ‘Pelajarilah apa sahaja yang kamu boleh belajar. Akan tetapi Allah tidak akan memberi ganjaran sehinggalah kamu ‘amalkan (apa yang kamu pelajari)’ Kadang-kadang kita merasakan apabila kita menuntut ilmu, kita sudah melaksanakan sebahagian dari tuntutan dalam agama, namun adakah ilmu itu kita gunakan untuk kita lebih dekat denganNya? Malah, apakah niat kita sebenarnya dalam menuntut ilmu? Betulkah untuk mengenal Allah? atau cukup sekadar untuk mendapat ilmu itu? Cukupkah sekadar beroleh ilmu untuk berbahas hukum dengan berjela-jela? Jika kita renung kembali, matlamat agama itu adalah demi mendekatkan manusia dengan Allah, bagi membolehkan manusia merasai kewujudan Allah, menguatkan muraqabatullah. Cuba kita kenang kembali sirah di awal kemunculan islam, Bilal bin Rabah ketika islam, cuma diajar lima ayat surah al-Ikhlas oleh Rasulullah, namun ketika disiksa di atas padang pasir yang panas, ditekan dengan batu yang besar, beliau tidak berganjak dari keimanan, meskipun ilmunya tidak seberapa, kerana ilmu yang sedikit itu dihayati. Inilah yang perlu kita renung dan koreksi kembali diri kita, ke mana ilmu yang kita pelajari hingga kini membawa kita, adakah mendekati Allah atau menjauhi redha Allah swt…

Hari Esok Untuk Islam

Written by Firdaus Shah
Monday, 19 November 2007


Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh.

Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam.Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali.

Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.


Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.
Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala.
”Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai” (at Taubah: 32)


Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin.

Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah.

Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi.

Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia.

Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa
golongan-golongan ini merupakan ‘terrorist’ dan ‘fundamentalist’.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya.

Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat.

Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam.

Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam.

Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan ‘Rabbani Taujih’ (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini.

Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt “Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…”(Al A’araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: “Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.”
Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat.

Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam.

Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam.


Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta’ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.”
Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Omarpun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.

Wallahu A’alam.

Kita Bergembira, Mereka Terus Mencari Syurga

ASSALAMUALAIKUM.W.B.TUH. perkongsian buat kita,

sedang kita enak berSyawal di Malaysia dan bumi lainnya, di sana (Palestin): 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid, iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua. lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan kaum Zionis-Israel.

Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih berada di penjara-penjara Israel . ada lebih dari 10,000 rumah kaum Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh tentara Zionis Israel. 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Zionis sekarang penduduk palestine hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000 orang sahaja itu pun dengan satu syarat iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas. perhatikan artikel di bawah dengan hati dan doa, insyaAllah.

Negaraku...bilakah akan merdeka?

MESTI BACA : Ucapan Aktivis Hamas di Indonesia.

" Pada hari Jumaat, 28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428 H, Indonesia menerima kunjugan seorang pejuang Palestine yang istimewa.

Syeikh Abu Bakar pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis sehingga mengakibatkan beliau buta.

Beliau yang datang sebagai memenuhi jemputan Eramuslim (http://www.eramuslim.com/) dalam Majlis Iftar Jama'iy itu mengenakan pakaian gamis putih dan turut memberikan ucapan kepada hadirin.

Bismillahirahmanirahiim, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya mencintai kamu semua karena Allah, mengapa saya mencintai kalian karena Allah? Karena kalian hamba-hamba-Nya, yang berpuasa, yang mendirikan solat lima waktu, yang memberi sedeqah, mengeluarkan zakat, serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas. Dan jangan lupa, "Sesungguhnya kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata hanya kerana ketaatan kita kepada Allah SWT. Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah, maka kemenangan akan menjauhi kita."

"Saya teringat suatu pesan dari Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash yang mengatakan bahawa nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah. Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama. Yang membezakannya hanyalah mereka bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah, sedangkan kita—mengapa kita perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah, semata-mata kerana kita beriman dan taat kepada Allah. Jika kita melakukan kemaksiatan seperti yang mereka lakukan, maka kita akan kalah dan terhina di hadapan kaum kuffar.


bilakah dia mampu tinggal di dalam rumah yang berdinding?


"Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas izin pemiliknya, iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi." Saya di sini berbicara kepada anda semua atas nama bangsa Muslim Palestine yang dijajah oleh Zionis-Israel, saya juga berbicara di hadapan kalian ini atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS, saya juga berbicara di hadapan kalian atas nama seluruh ulama-ulama Palestine yang diusir dari negaranya, saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:


Sayang sekali, sang anak ini tidak sempat untuk berjuang...masih sempatkah kita?

Pertama, sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid, iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua. Yang kedua, sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan kaum Zionis-Israel. Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih berada di penjara-penjara Israel. Mereka mengalami berbagai penyiksaan bahkan banyak yang sampai menemui syahid atau cacat seperti saya. Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari 10,000 rumah kaum Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter.

Sehingga sekarang ini kami dipisahkan dari rumah-rumah kami, kami dipisahkan dari hospital kami, kami dipisahkan dari universiti-universiti kami, dari jiran-jiran kami sehingga kaum perempuan kami pun untuk melahirkan anak di hospital pun tidak boleh. Ramai wanita-wanita kami terpaksa melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan sahaja atau pun di perbatasan-perbatasan yang sengaja dibuat oleh tentara-tentara Zionis-Israel. Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami.


Adakah kita hendak menunggu ahli keluarga kita menjadi mangsa, baru kita kan sedar?

Dahulu kami, sekitar 500,000 Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000 orang sahaja itu pun dengan satu syarat iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas. Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa sedang berteriak memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya. Di bawah Al-Aqsa, Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini, kononnya untuk di buat parit-parit dan sebagainya, yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman. Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa, kerana Al-Aqsa ini akan segera runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya. Saya juga akan menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine, terutama HAMAS: Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang panjangnya 350 kilometer, sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun.

Allahu Akbar!

Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali membangunkan hospital-hospital, universiti-universiti Islam di Gaza, dan kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan Al-Qur'an dan As sunnah Rasulullah SAW.

Saya sendiri khuatir, bukan khuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin Palestin, tetapi saya khuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada di Indonesia yang sekarang masih menunggu di jalan jihad. Kita sedang menunggu untuk sampai tiba di sana, tetapi mereka telah ada di sana dan menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia. Jika kita semua ingin tiba di sana, berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah sehingga nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah untuk membebaskan al-Aqsa dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman.

Mungkin ini saja dari saya, Wa bilahi taufiq wal hidayah, Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Note: sumber : http://www.eramuslim.com

Di Sebalik Kehidupan

Hidup bukan selama-lamanya dan kematian itu bukan penghujungnya.



Kita hidup dan kita akan pasti berdepan dengan kematian dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT, dimana setiap amalan kita akan dibentangkan. Jika amalan kebaikan kita lebih berat timbangannya maka syurga dengan segala kenikmatan sedang menanti kita. Jika amalan keburukan kita lebih berat timbangannya maka Neraka Jahannamlah kesudahan kita.

Inilah prinsip hidup mukmin; Dunia ini adalah ladang Akhirat. Jika di dunia ini kita menanam pohon-pohon yang baik maka di Akhirat nanti kita akan menuai buah-buahan yang harum dan manis. Tetapi jika dunia ini menjadi ladang maksiat dan keengkaran maka Akhirat akan menjadi medan penyesalan dan penyiksaan yang tiada penghujungnya.

Inilah nilai hidup mukmin; Kebaikan akan dibalas kebaikan manakala keburukan akan dibalas keburukan, tidak ada seorangpun akan terlepas dari balasan bagi apa yang dikerjakan semasa kehidupannya di dunia.
Inilah batasan hidup mukmin; Ketaatan dan ketaqwaan akan mengundang rahmat dan keredhaan Allah SWT manakala pengingkaran akan berakhir dengan kemurkaan dan kedukaan.


Inilah neraca kita; Setiap yang kita lakukan akan ada balasannya. Kehidupan ini merupakan medan ubudiyyah kita kepada Allah SWT. Segala ketaatan dan keingkaran kita aka dinilai seadil-adilnya dengan nilaian Rabbani. Segala kesempitan yang kita hadapi dengan penuh sabar dan pasrah akan ada ganjarannya.
Tidak ada yang akan dizalimi oleh Allah SWT, dunia bukan segala-galanya dan ukuran utama kita. Kejayaan sebenar ialah kejayaan di Akhirat, begitu juga kerugian yang nyata ialah kerugian di hari kita kembali kepada Allah dengan tangan kosong.

Neraca ini menjadikan jiwa kita merdeka. Hanya syarak atau nilai Allah SWT yang membatasi tindakan kita. Hanya syarak yang menentukan sikap dan tingkahlaku kita. Kita melakukan dan meninggalkan sesuatu kerana Allah bukan kerana nafsu kita yang cenderung kepada maksiat dan keburukan. Bukan juga kerana desakan masyarakat dan suasana bahkan kita bebas dari perhambaan kepada sesama makhluk. Kita tidak menjadi hamba kepada nafsu kita apatah lagi menjadi hamba kepada nafsu orang lain yang tidak melihat kehidupan dengan neraca yang sama.


Jiwa kita bebas ketika jasad kita terpenjara atau kehidupan kita dihimpit kesukaran dan penderitaan. Jiwa kita merdeka ketika manusia lain menjadi hamba dunia. Jiwa kita lapang dan tenang ketika jiwa-jiwa lain keluh kesah dengan tipu daya dunia.

Jiwa kita merasa kecukupan ketika jiwa-jiwa lain rakus mengejar kemewahan dunia sedangkan dunia itu umpama wanita curang yang mengungkap cinta dan janji setia pada kita sebaliknya, janji yang sama ditaburkan pada manusia-manusia rakus yang lain. Kita merasakan ianya milik kita sedangkan dirinya juga kekasih orang lain.
Jiwa kita merasa tenang dan bahagia ketika jiwa-jiwa lain lemas dalam pelukan dan tipu daya dunia yang penuh keraguan dan kepalsuan.


Sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog/2008/05/09/di-sebalik-kehidupan

Idealnya Seorang Pemuda

IDEALNYA SEORANG PEMUDA


Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan

Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan

Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati

Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris

Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung

Ia lah gemercik air ditaman sari
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gelita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala usaha dan pengharapan

Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar
Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

Di Antara Dua Tangisan




AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

Kefahaman Tentang Politik



Melihat kepada kehangatan perbincangan perkaitan islam dengan politik dalam ruangan ini maka terdetik dihati saya untuk memberikan sedikit pendapat tentang isu yang telah timbul. Pertamanya ingin saya jelaskan disini isu yang kita semua bincangkan ini merupakan penentu samada islam akan bertambah kuat atau akan terus dipandang rendah dan diperlekehkan. Sesungguhnya British yang bertanggungjawab dalam hal memastikan umat islam tidak mencampurkan di antara islam dan politik, yang mana mereka telah memasukan fahaman ini pada masyarakat melayu sebelum meninggalkan tanah melayu.Agar Melayu yang dikatakan islam akan terus merempat dan terus menjadi sebagai hamba mereka tanpa disedari. Semoga apa yang saya akan perkatakan akan membuka minda kita semua tentang Agama Islam yang sebenar.

Politik Islam

Terlebih dahulu saya ingin menyentuh tentang ada pendapat yang menyatakan bahawa umat islam tidak boleh berpolitik kerana politik itu berasal dari tamadun Greek. Terlebih dahulu kita mesti mengenal pasti kenapa umat islam perlu berpolitik ? umat islam perlu berpolitik kerana dengan politik sajalah umat islam mampu mengusai pemerintahan dan dengan itu secara automatiknya Negara Islam dan hukum islam dapat ditegakkan. Ini bertepatan dengan kaedah Fiqh iatu;-
“Apa-apa urusan yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengannya,maka ia juga turut menjadi wajib.”

Contohnya:- Sembahyang wajib untuk umat islam, sembahyang tidak sah tanpa wuduk jadi wuduk wajib diambil untuk sembahyang, untuk ambil wuduk perlu ada air dan air boleh didapati dengan telaga, maka disini, jika pada awalnya menggali telaga hanya menjadi harus ia bertukar menjadi wajib kerana keperluan untuk sembahyang (iaitu sesuatu yang wajib), ini satu contoh….begitu juga dalam persoalan politik.

Banyak Ayat Quran yang menyatakan kewajipan melaksanakan hukum islam dan kewajipan berjihad :-

Allah Berfirman :
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang fasik.” (Al-Maidah :49 )


Firman Allah s.w.t
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Al-Imran : 142)

Persoalan yang dapat ditimbulkan daripada ayat diatas. Kita wajib untuk melaksanakan hukum islam dan berjihad , jadi dengan kaedah mana kita dapat melaksanakan hukum islam ? Adakah dengan ziarah rumah ke rumah membaca bayan dan fadahil amal sebuah Negara islam akan tertegak ? Jika betul mana Negara Islam yang telah ditegakkan ? Atau berapa lama lagi masa yang diperlukan lagi untuk membina sebuah negara islam? tepuk dada tanyalah ilmu.



Amal Makruf Nahi Mungkar

Allah Berfirman :
“Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan” ( Al – Maidah 79 )


Allah Berfirman :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajiikan(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya “( Al- Imran : 104 )

Rasulullah pernah Bersabda :
"Barangsiapa diantara kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangan, jika ia tidak mampu maka dengan lidah,jika ia tidak mampu maka dengan hati dan itulah selemah lemah iman."
Dalil-dalil diatas merupakan dalil yang menunjukkan kewajipan umat islam untuk menjalankan amal makruf dan nahi mungkar.Jika di perhatikan setiap ayat al quran yang menyuruh umat islam mengajak kepada kebaikan( amal makruf ), ayat tersebut akan digandingkan dengan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan bahawa islam bukan saja mengajak kepada kebaikan malah diharuskan mencegah kemungkaran. Dalam Malaysia terdapat banyak gerakan islam yang semuanya mengaku memperjuangkan islam. Namun tak semua gerakan-gerakan ini betul-betul memperjuangkan islam secara menyeluruh. Ada yang beranggapan bahawa dengan hanya mengajak kepada kebaikan, menunjukkan akhlak yang baik maka tugas mereka telah selesai…. Inilah kelemahan banyak gerakan di Malaysia dan juga di dunia, mereka tidak sedar bahawa selain dari mengajak kepada kebaikan wajib bagi pendokong islam terutamanya, mencegah kemungkaran. Amal makruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan kepada umat islam. Silap besarlah jika mereka meninggalkan suruhan Allah untuk mencegah kemungkaran kerana takut kepada tekanan yang akan melanda.

Sahabat-sahabat sekalian sekarang jelaslah betapa pentingnya politik dalam menegakkan islam.Sesungguhnya orang yang tidak mempelajari islam secara menyeluruh saja akan mengatakan islam dan politik berbeza.Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa mereka ini telah berjaya dipengaruhi oleh pemikiran barat yang sengaja dirancang untuk melemahkan islam.Mereka ini adalah golongan yang lemah dan takut kepada tekanan yang akan menimpa mereka.Mereka cuba mencari jalan mudah untuk menegakkan hukum Allah. Apakah mereka tidak mempelajari sirah? Bagaimana tekanan dan kesakitan yang telah dialami oleh Rasulullah semasa menyampaikan dakwah?

Sabda Nabi bila ditanya ujian yang menimpa Para sahabat :-
“Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika berjuang di jalan Allah maka percayalah itulah jalanNya".Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekalian hambaNya yang beriman denganNya, percayalah bahawa mereka terdahulu pernah di cakar badan mereka dengan cakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak.

Berapa banyak air mata dialirkan dan darah mengalir untuk Islam? Sudah menjadi adat bahawa Islam akan ditekan dan ditentang sehinggalah hari kiamat.Pasti ada kekurangan dalam sesebuah gerakan Islam jika tiada sebarang tekanan dan tentangan dari musuh Islam.Ingatlah musuh Islam takkan redha dengan Islam melainkan Islam mengikut kehendak mereka.Jadi sesebuah gerakan Islam itu haruslah diperiksa jika tiada sebarang tekanan dan tentangan terhadap mereka.Bermakna mereka diredhai oleh musuh Islam. Bila mereka diredhai oleh musuh Islam adakah mereka akan diredhai oleh Allah?


Rasulullah Berpolitik

Umumnya mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w setelah 13 tahun berdakwah di Mekah, Baginda dan para sahabat berhijrah ke Madinah.Sesudah hijrah ini lahirlah sebuah Negara islam yang berpusat di Madinah,dimana Rasulullah sendiri bertindak sebagai ketua Negara.
Baginda merupakan ketua pemerintah, pentadbir dan pelaksana bagi kerajaan islam yang pertama di Madinah.Pada masa yang sama ketua bagi institusi kehakiman Islam.Sebagai ketua pemerintah Rasulullah bertindak melaksanakan cita-cita politik Islam di bumi Madinah iaitu menegakkan sebuah kerajaan Islam atau pemerintahan yang mendaulatkan agama Allah dan menjalankan undang-undang Islam.
Baginda telah menggubal perlembagaan bagi Negara Madinah yang disebut dengan Piagam Madinah yang meletakkan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai perlembagaan Negara antara lagi tindakan-tindakan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w selaku ketua kerajaan islam di madinah ialah:

-Mengadakan satu persetujuan antara penduduk Madinah yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar, Musyrikin dan Yahudi
-Melantik gabenor-gabenor bagi wilayah-wilayah dalam Negara Madinah.
-Membentuk angkatan tentera melalui perlantikan penglima-panglima yang memimpin angkatan tentera.
-Menghantar utusan-utusan / duta-duta ke Negara dan menerima utusan-utusan dan duta-duta dari Negara luar.
-memutuskan pertikaian yang berlaku diantara rakyat,memungut zakat dan cukai serta mengagihkannya.

Amalan-amalan diatas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah adalah pemerintah. Jika Rasulullah seorang pemerintah maka mestilah Rasulullah terlibat dalam politik kerana politik dan pemerintahan tidak akan dapat dipisahkan. Ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah telah menyatukan agama dengan politik. Maka, sesiapa yang mengatakan bahawa islam dan politik tidak boleh dicampurkan, dia telah mengkhianati Allah dan Rasul. Pemisahan antara politik dan Islamlah menyebabkan islam menjadi lemah dan terus di perlekehkan. Tengoklah bagaimana Rasulullah di hina (sebagai contoh filem Fitna dan sebagainya), apa yang kita mampu buat dalam keadaan begini tanpa sebuah Negara dan tanpa kekuatan? Kalaulah ini terjadi di zaman Umar nescaya Negara yang tersebut akan hancur. Saya yakin jika kita mempunyai kekuatan seperti dulu,orang bukan islam takkan berani menghina Nabi Muhammad dan Islam sewenang-wenangnya.Inilah yang dikehendaki orientalis barat, bila kita tidak berpolitik maka tak mungkin islam dapat memerintah dan mempunyai kekuatan ketenteraan, jadi peristiwa lama tak akan berulang kembali, iaitu semasa islam berjaya menguasai 2/3 dunia, pada ketika itu mereka akan hilang kekuasaan dan keagungan di dunia ini.

Ayat-ayat politik dalam quran dan hadis :-

Allah Berfirman :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-Nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. "( Al Maidah : 44)


Allah Berfirman :
"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" ( Al Maidah : 45)


Ibnu taimiyyah menjelaskan :
Memimpin dan mengusai adalah antara kewajipan agama yang terbesar. Takkan tertegak agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan ) itu.Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin ) menyuruh kepada yang baik melarang dari yang mungkar, membela orang teraniaya, berjihad, melaksanakan hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak terlaksana tanpa kekuasaan dan teraju pimpinan.

Islam Membentuk Akhlak Manusia

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa Rasulullah diutuskan untuk membentuk akhlak manusia,.Rasulullah bukan sahaja mendidik manusia agar berakhlak mulia dalam masyarakat sahaja, malah Rasulullah mengajarkan umat Islam akhlak semasa berperang, akhlak berpolitik, dan akhlak memerintah.Kita boleh melihat bagaimana Rasulullah mendidik sahabat tentang akhlak dengan musuh dan akhlak dengan tawanan.Oleh kerana adanya akhlak semasa peperangan menyebabkan ramai yang tertawan dengan kebaikan Islam dan memeluk Islam.Tidak kurang juga yang memeluk Islam bila mereka ditawar untuk memeluk Islam atau berperang,Oleh kerana takut terbunuh maka mereka memeluk Islam.Perlu diingat berapa ramai orang memeluk Islam bila Rasulullah menawan Kota Madinah,Abu Sufian sendiri memeluk Islam bila merasakan dia tak mampu lagi melawan Islam. Begitu juga penduduk Madinah yang lain.Mungkin kerana lupa kisah ini menyebabkan ada diantara kita menyatakan Islam hanya tersebar kerana ajakan secara hikmah.Sedangkan Islam dapat berkembang bila mempunyai negara yang kuat dan mempunyai keagungan.Ramai yang memeluk Islam kerana kehebatan Islam itu sendiri. Namun perlu diingat bahawa ada yang beranggapan Islam berkembang melalui peperangan. Ini adalah perancangan musuh islam untuk memburukkan Islam. Sedangkan Islam tak pernah menyerang mana-mana negara dengan tujuan menakluk, tapi Islam terpaksa berhadapan dengan kuasa-kuasa besar kuffar yang cuba meruntuhkan Islam, dari sinilah islam berkembang setelah banyak wilayah dapat ditakluk dan dibebaskan dari kuasa kuffar yang zalim.

Kesimpulan

Ingin saya tegaskan disini bahawasanya Islam dan politik tidak boleh di pisahkan, tapi para taghut yang memisahkannya dengan tujuan merosakkan umat Islam.Khalifah pertama pernah berkata ;- Sekiranya hilang tali pengikat kudaku nescaya aku akan mendapatinya dari kitab Allah (Al Quran).Maksud Khalifah Abu Bakar adalah al-quran lengkap sebagai petunjuk untuk hidup manusia.Terlalu banyak dalil dan hujjah yang boleh dinyatakan bahawa Islam dan politik tak dapat dipisahkan, namun untuk dinyatakan di sini ia mengambil ruangan yang banyak,cukuplah setakat ini saja.Insyallah jika ada masa dan ruang saya akan utarakannya.Apa yang saya kemukakan adalah hasil dari pendengaran , pembacaan dan rujukan sekadar kemampuan saya untuk mengutarakan pendapat. Sesungguhnya apa yang baik semuanya dari Allah.Tanpa petunjuk, hidayah dan kekuatan dari Allah tak mungkin saya dapat memberikan pendapat.Saya ingin memohon maaf jika apa yang saya utarakan mengguris hati, disini saya hanya ingin mencari kebenaran.Sekali lagi saya ingin mohon maaf diatas kesalahan yang saya lakukan ketika memberi pendapat. Moga kita sama-sama mendapat manfaat. Wallahhualam..

Tinta pena : muslimsoleh84@yahoo.com

Sains Sosial Untuk Menangkan Islam




Antara manusia, mekanisma dan mesin, serta matlamat, manakah antara ketiga-tiga ini faktor penentu kecemerlangan?”, saya bertanya.

“Matlamat!”, jawab salah seorang hadirin.

Ia jawapan standard bagi mereka yang berpemikiran idealistik.

“Siapa yang menentukan matlamat?”, saya menyambung soalan.
“Manusia”, jawab mereka.

Benar sekali. Berubah manusia, berubahlah matlamat. Maka untuk mengekalkan matlamat, jangan lengah dalam membentuk manusianya.

“Tiada siapakah yang menganggap mekanisma dan mesin sebagai faktor kecemerlangan?”, saya mahu menyelesaikan persoalan berbaki.

Diam.

Senyum.

Menggelengkan kepala belaka…

Semua orang mengaku bahawa manusia adalah ‘harta’ paling berharga dan paling utama dalam menentukan kejayaan setiap tahap kehidupan. Kecemerlangan rumahtangga, syarikat perniagaan, sebuah gerakan Islam dan ummah keseluruhannya.

Tetapi sejauh mana kita mengambil berat faktor manusia? Sejauh mana kita mementingkan manusia dalam pembangunan hidup ini?

Modal insan?

Berapa banyak agenda kita membangunkan modal insan, berbanding modal kita menjahanamkan setiap insan yang ada hari ini?

JIKA BENAR MANUSIA PENTING

Jika kita bersungguh-sungguh berpakat di atas suatu persetujuan bahawa manusia adalah yang paling utama, bagaimanakah sikap kita terhadap manusia? Usah dulu ke peringkat yang lebih rumit, cukup sekadar dinilai dalam kehidupan seharian.

Andai anak pecahkan pasu bunga, lupakah kita pada kelakuan ibu yang membelasah anaknya seolah-olah si anak andai binasa, boleh dibeli di mana-mana?

Jika mat rempit menjunam di atas jalan, diperiksanya motor terlebih dahulu atau kakinya yang sudah separuh tergantung?

Hakikatnya, kita tidaklah begitu menghargai manusia.

Bukan sahaja anak vs. pasu bunga dan motor mat rempit vs. kakinya sendiri, tetapi dalam konteks yang lebih besar, sejauh mana prihatin kita kepada sains sosial (sains kemanusiaan)?

Sejauh mana peduli kita kepada bidang sejarah, sains politik, sosiologi, antropologi, psikologi dan komunikasi? Malah pendidikan dan ekonomi?

SAINS SOSIAL UNTUK UMMAH SERTA GERAKAN DAKWAH DAN ISLAH

Apa perlunya ummah kepada sains sosial?

Tidak cukupkah pada sentuhan tradisi keilmuan Islam yang kaya raya itu untuk menjawab persoalan-persoalan memaknakan slogan “ISLAM PENYELESAIAN”?

Jangan pergi kepada ummah yang termanya terlalu dramatik itu. Perlu dijawab terlebih dahulu, perlukah sebuah gerakan Islam kepada sains sosial?

Soalan ini sering menghantui fikiran saya.


Sebagai seorang pelajar yang muhajir dari Syariah kepada Sains Sosial, soalan sebegini sering mencabut ketenteraman diri saya.

Tentu sahaja setiap orang akan menganggap bidang yang dipelajarinya sebagai penting belaka untuk ummah ini.

Namun saya runsing memikirkan tentang kedudukan sains sosial bukanlah untuk bertanding tentang bidang siapa yang lebih penting dari bidang yang lain.

Tetapi saya memikirkan bagaimanakah kesan sains sosial meminggirkan gerakan Islam, dan bagaimanakah kesan gerakan Islam meminggirkan sains sosial?

Walaupun gerakan Islam mendabik dada bahawa imej ‘parti kampung’nya telah lama ditinggalkan berikutan penglibatan golongan profesional yang cukup memberangsangkan, malah dikatakan berupaya untuk kembali ke imej asal dengan nama-nama tokoh penggerak seperti Zulkifli Muhammad dan Burhanuddin al-Helmi yang juga dikategorikan sebagai golongan profesional, hakikatnya kenyataan ini mesti lebih dihalusi.

Biar pun keterlibatan golongan profesional di dalam politik Islam semakin memberangsangkan, namun golongan profesional itu kebanyakannya adalah mereka yang datang dari disiplin hard science.

Gerakan Islam mengalami lambakan jurutera.

Gerakan Islam mengalami lambakan doktor.

Ia suatu perkembangan yang memberangsangkan. Tetapi ke mana perginya golongan profesional dari soft science? Jika soft scientist mahu dianggap profesional?

Di mana ahli sejarah dalam gerakan Islam?

Di mana political scientists?

Ke mana sociologists, anthropologists, psychologists, economists malah educationists dalam arus perdana gerakan Islam?

ASAL USUL KETERLIBATAN

Mengajak seorang pelajar kejuruteraan dan kedoktoran kepada kegiatan dakwah dan mungkin juga siasah, adalah lebih ketara dan berhasil berbanding dengan usaha mengajak pelajar sejarah, sosiologi dan sains politik kepada kegiatan seperti ini.

Ini adalah kerana pelajar kejuruteraan dan perubatan akan dengan cepat melihat gerakan dakwah itu sebagai pelengkap kepada ‘kekurangan’ dirinya sebagai pelajar ‘bukan agama’.

Mereka akan melihat peluang terlibat di dalam usrah dan dakwah sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan seterusnya meletakkan diri mereka di atas landasan yang betul dalam beragama.

Tetapi mereka tidak akan mencabar content Tarbiyah apatah lagi retorik dakwah dan siasah!

“Saya tersinggung apabila ustaz menganggap pelajar kejuruteraan tidak cukup cerdik untuk mengkritik dakwah!”, keluh seorang teman.

Maafkan saya.

Saya bukan menyentuh soal cerdik atau kurang cerdik.

Keupayaan mengkritik ini tidak bersangkut kepada cerdik atau tidaknya seorang pelajar, tetapi ia berkaitan dengan nature pembelajarannya terutamanya jika pelajar itu mengikat dirinya hanya kepada silibus dan hidupnya hanya untuk lulus periksa.

Teori-teori yang dipelajari di dalam pure science, tidak menuju secara langsung kepada menghasilkan contradiction terhadap usrah, dakwah dan siasah yang ada di sekelilingnya.

Ketika seorang pelajar kejuruteraan kimia sedang belajar tentang ChE process dan berurusan dengan Gibbs phase rule dan bezanya dengan Degrees-of-freedom analysis, amat sulit untuk dirinya berfikir pada masa yang sama tentang hubungkait subjek ini dengan dakwah yang disertainya. Kecuali hingga anda mengorek falsafah di sebalik aplikasi teori-teori ini dan pasti you have to be exteremely smart to do so!

Begitu juga dengan pelajar perubatan. Semasa dirinya meneroka molecular dan cellular systems, the integumentary system dan the skeletal system, adalah terlalu jauh untuk dirinya berfikir tentang usrah dan dakwah yang disertainya kecuali di sekitar persoalan “betapa agungnya ciptaan Allah hasil kajianku terhadap tubuh manusia ini”.

Namun bagaimanakah kesedaran itu boleh membawa dirinya kepada mengkaji mekanisma rasional perbuatan manusia dan implikasinya kepada kehidupan… you have to be extremely smart to do so!

Maka tarbiyah dan dakwah lebih disambut secara subur oleh pelajar di bidang hard science tanpa ada sebarang konflik dengan bidang pengajiannya. Malah gerakan dakwah juga berebut-rebut mahu menerima keahlian mereka kerana ia meningkatkan imej kumpulan masing-masing.
Kumpulan saya ada ramai doktor.

Kumpulan saya ada ramai jurutera.

SAINS SOSIAL MENCETUSKAN KONFLIK

Tolaklah ke tepi pelajar-pelajar dari kategori yang belajar sekadar mahu lulus periksa.

Perbincangan saya ini tidak ada kena mengena dengan pelajar atau sesiapa yang berkata “entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku ambil bidang ini!” Golongan seperti ini mungkin lulus cemerlang di dalam bidang sains politik, namun tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di sekitarnya dan menjadi mangsa pertama percaturan politik aplikasi biar pun dia itu wira politik teori di atas sekeping ijazah.

Namun, apa yang menjadi fokus saya ialah kepada pelajar yang sentiasa peka, belajar dan memikirkan tentang pelajarannya, serta apa hubung kait pelajarannya itu dengan kehidupannya di luar bilik kuliah dan perpustakaan.

Seorang pelajar sejarah, akan belajar tentang sejarah kemunculan idea-idea yang ada hari ini.

Sebelum bercakap tentang ancaman sekularisma kepada ummah, mereka telah terlebih dahulu perlu belajar tentang sekularisma era George Holyoake malah dikorek hingga ke akar umbinya seawal Ibn Rushd dan Averroism school of philosophy.

“Sekularisma ialah memisahkan agama dari politik. Sekularisma adalah jalan terpantas untuk seseorang itu menuju Riddah!”, kata seorang naqib di dalam usrahnya.

Idea-idea sebegini akan segera menyebabkan pelajar sains sosial di bidang sejarah dan sains politik rasa terganggu.

Mereka akan segera merasakan bahawa kefahaman tentang sekularisma yang sedemikian rupa adalah terlalu dangkal dan tidak keterlaluan boleh dikatakan sebagai rubbish!

Apakah content Tarbiyah kumpulan dakwah ini?

Apakah mereka faham dengan apa yang mereka perkatakan?

Soalan-soalan sebegini datang bertubi-tubi on daily basis kepada seorang pelajar sains sosial.

Sebelum bercakap tentang ancaman Islam Liberal, atau mengkritik Nurcholis Majid (Cak Nur), pelajar sains sosial telah terlebih dahulu dituntut agar mendefiniskan liberalism dalam konteks yang betul.

Mereka telah terlebih dahulu perlu mengetahui pandangan orang-orang seperti Adam Smith, dan mengenal pasti perbezaan trend yang wujud di bawah slogan liberalism seperti Manchester Liberalism, Cultural Liberalism, Political Liberalism, Sosial or Neo Liberalism dan sebagainya.

“Liberalisma ialah usaha untuk membebaskan manusia dari ikatan kepada agama.

Ia membuka ruang kepada manusia untuk bebas memilih sama ada mahu berdosa atau berpahala dan kita tidak berhak berkata apa-apa. Antum mahu negara kita jadi seperti ini?”, tanya seorang naqib kepada ahli usrahnya.

Pandangan penuh emosi dan bernada tinggi ini, akan segera menyebabkan pelajar sains sosial di bidang sejarah, sains politik dan ekonomi akan berasa terganggu.

“Naqib aku ni faham ke apa benda yang dia cakapkan ini?”, rungut hati seorang pelajar sains sosial yang juga dididik agar sami’na wa atha’na atas nama amal jama’ie.

Itu di peringkat teori dan kefahaman.

Dalam ertikata yang lain, saya cuba untuk mengajak kita semua melihat di mana rasionalnya pelajar sains sosial enggan mendekati kumpulan dakwah terutamanya yang berpegang dengan agenda Islamism.

Mereka akan menganggap kumpulan ini hanya beretorik dan tidak mempunyai apa-apa kefahaman yang bersifat substantial kerana untuk berjuang menentang kebejatan sekularisma, mereka hanya berpada dengan definisi sekularisma yang dihafal dari mulut amir atau pemimpin mereka yang mursyid.

Cakap kosong semata.

APLIKASI SAINS SOSIAL

Itu di peringkat teori dan kefahaman.

Apabila persoalan ini dibawa ke peringkat mengaplikasikan teori sains sosial, konflik di antara gerakan dakwah dan islah dengan sains sosial akan jadi lebih meruncing.

Bagi sebuah gerakan yang berhasrat untuk mengubah masyarakat dan sistemnya, mereka perlu mempunyai kaedah yang jelas dan tepat dalam menganalisa masyarakat.

Ahli sains sosial seperti sociologist dan anthropologist akan menganalisa masyarakat dengan disiplin dan metodologi yang boleh diukur dan berasas.

Misalnya, untuk sebuah gerakan Islam membuat keputusan tentang pendiriannya berhubung dengan trend yang wujud di dalam masyarakat terhadap isu-isu yang diperjuangkannya, mereka perlu melakukan kaji selidik.

Survey sebegini mesti dilakukan dengan cara yang betul, memenuhi tuntutan kualitatif dan kuantitatif terhadap sampel yang terbabit supaya mereka mendapat keputusan yang tepat tentang gambaran sebenar kefahaman serta reaksi masyarakat kepada apa yang mereka perjuangkan.

Tetapi, sejauh manakah gerakan Islam memperlengkapkan dirinya dengan hal ini?

Apakah setiap kali gerakan Islam di mana-mana bahagian dunia kalah di dalam pilihanraya maka ia mesti berpunca daripada penyelewengan pemerintah dalam mengendalikan proses pengundian semata-mata?

Bagaimana pula kemungkinan perjuangan yang tidak bersandarkan asas?

Memperjuangkan satu isu tanpa mempedulikan sejauh mana kefahaman masyarakat tentang isu tersebut, sejauh mana mereka memahaminya, sejauh mana relevannya isu yang dibawa… dan semua ini gagal dijawab kerana gerakan Islam tidak menyelidiknya?

Malah jika ada dakwaan bahawa penyelidikan dibuat, apakah asas penyeldikan berkenaan? Mampukah ia berdiri teguh jika ditimbang dengan neraca sains? Atau hanya sangkaan semata-mata?

KERISAUAN YANG BERASAS

Inilah yang mencetuskan kerisauan kepada saya.

Isu ini bukan sahaja isu gerakan Islam, malah isu masyarakat kita secara keseluruhannya. Kita menganggap manusia itu mudah kerana setiap kita ini juga adalah manusia.

Kita lupa bahawa manusialah yang menentukan matlamat, manusialah yang menghasilkan mesin dan manusialah yang menghasil dan menggunakan teknologi.

Sebelum matlamat dicabar, mesin dianalisa, teknologi dinilai dari segi etika, kita lupa kepada keperluan mendalami prima causa dan pemula segalanya… manusia.

PENYELESAIAN

Tidak sedikit pelajar kejuruteraan dan perubatan malah jurutera dan doktor sendiri yang dinamik dalam fikrah dan gerak kerjanya.

Tetapi mereka berupaya untuk menjadi begitu apabila mereka keluar dari sekadar memperhambakan diri kepada silibus dan profesyen masing-masing.

Mereka tidak hanya membaca buku teks kejuruteraan untuk profesyen dan buku teks Hasan al-Banna dan Mustafa Masyhur untuk dakwahnya, sebaliknya mereka meluaskan bacaan dan kefahaman dengan mengambil buku-buku Current Affairs, Political Science, Falsafah, Sejarah dan menganggap semua itu sebagai sebahagian dari keperluan Tarbiyah dan BEKALAN UNTUK MEMENANGKAN ISLAM.

Tidak sedikit pelajar Syariah dan ustaz ustazah yang dinamik, tetapi mereka menjadi dinamik hanya selepas mereka berjaya memecahkan tembok sangkaan bahawa “ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”.

Saya setengah mati mahu keluar dari tembok itu.

Sesungguhnya jalan untuk memenangkan Islam itu tidak semudah yang disangka…

Sejauh mana kita semua bersedia KE ARAH MEMENANGKAN ISLAM?

Abu Saif @ http://www.saifulislam.com/
56000 Kuala Lumpur

Apakah Engkau Sudah Faham Erti Perjuangan??

Apakah Engkau Sudah Faham Erti Perjuangan?
Ingatan Untuk Sahabat


Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat
bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan,
jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita
jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan
pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju
syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk
melaluinya.

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri
yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu
mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh.
Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan
dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang
perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu
manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau
tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa,
sebak dan sedih yang tidak terkata.

Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita
jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan
melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia
kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta
kepada Tuhan.

Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan
untuk meneruskan tugas warisan para anbiya' ini. Kerana cahaya Islam
semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada
negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang
negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan
agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula,
angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila
berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka
sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya ?

Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak
mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan
keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat?
Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak
kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai
bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da'ie di alam
ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di
dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang
masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi
`manusia' yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya
mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab
engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur
dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin
suram
, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman
kebesarannya. Para ulama' dibisukan dengan dunia oleh umara'.
Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang
haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.

Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga
dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan
semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di
hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.

Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat "Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak melakukannya"
Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan
ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu
semakin gemilang
, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat
sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal
ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di
akhirat sana. Insya Allah…

Anak_Pejuang
1 Ramadhan 1422 hijrah
11.26 pagi


Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula
dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang
terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana
fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada
bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.
Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa
sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai
matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang
mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.


(Assyahid Imam Hassan al Banna)

sumber : http://jarumemas. blogspot. Com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...