Ummah Terus Dizalimi, PMIUSM Seru Mahasiswa Prihatin

Meneliti rentetan peristiwa yang berlaku di Syria, kekejaman dan kezaliman berlaku dengan mudah. Umat Islam di seluruh pelosok dunia kebanyakannya seolah-olah berpeluk tubuh daripada bertindak. Kacamata utopia umat Islam melihat kemenangan sukar dan mustahil untuk didapati. Sedang kita yang berkata ini tidak sedar, bahawa kita perlu bertindak.

Ucapan Tahniah dan Syabas Kepada Bakal Mahasiswa yang Mendapat Tawaran ke USM Sidang 2012/2013

Wahai sahabat-sahabat baru yang bakal menempuh alam kampus beberapa bulan lagi, ingatlah bahawa alam kampus ini penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang berjaya membawa diri dengan baik, alhamdulillah, teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya. Jangan jadikan kebebasan di alam kampus satu tiket untuk anda bersosial lantas melupakan matlamat untuk menuntut ilmu.

Peristiwa Nuzul Quran

17 RAMADHAN- merupakan suatu tarikh penting bagi kita sebagai umat islam kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa Nuzul Quran.Peristiwa ini sentiasa menjadi iktibar kepada kita kerana dengan peristiwa inilah zaman Jahiliyyah disinari dengan cahaya , kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah yang Maha Esa.

Kenyataan Rasmi PMIUSM Berkenaan Hedonisme dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi haruslah mengikut batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Amalan percampuran lelaki dan perempuan sambil menampilkan artis yang jelas sekali tidak menutup aurat malah melalaikan jiwa muda remaja adalah bercanggah sama sekali dalam syariat Islam.

Organisasi Pimpinan PMIUSM Sidang 2012/2013

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” : Ali Imran, 104

Monday, July 21

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah Ketahuilah wahai mawar mujahidah, Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi. Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Tahukah dikau mawarku? Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri. Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi. Mengertilah duhai mawar mujahidah, Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi. Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’ Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati. Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi. Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu! Dan kini hai mawar, Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri? Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar, Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin… http://mutiarabernilai.wordpress.com

Atasi Kelesuan Mahasiswa

NURUL ‘IZZATI BINTI ZAMURI Exco Akademik, Kerjaya dan Masyarakat, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia 07/08 PINDAAN AUKU JALAN PENYELESAIAN TERBAIK ATASI KEMELUT KELESUAN MAHASISWA Tatkala membelek akhbar UTUSAN, tertarik dengan tajuk berita ‘Pindaan AUKU galak pelajar terlibat dengan aktiviti membina’ begitu juga dengan akhbar BERITA HARIAN ‘AUKU dipinda galak pelajar lebih konstruktif’ bertarikh 30 Mei 2008 dan pasti tidak ketinggalan isu ini terpampang di dada akhbar-akhbar utama. Memetik kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak “Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 mampu menggalakkan pembabitan pelajar dalam semua kegiatan yang membina dan konstruktif.” pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di Putrajaya. Ya saya amat menyokong kenyataan tersebut dengan keadaan mahasiswa hari ini terlalu lesu dan terus lali dengan doktrin menghadap buku dan komputer sepanjang masa menyiapkan tugasan yang bertimbun-timbun. Masing-masing sepanjang pengajian sibuk mengejar segulung ijazah dengan mengharapnya tercatat keputusan yang cemerlang dan tertinggi. Tetapi sayang dengan kurangnya persiapan melengkapkan diri mahasiswa/i tersebut dengan “soft skills” yang akan menjadi pembantu utama untuk mendapatkan pekerjaan sekaligus meraih kejayaan yang luar biasa hebatnya di atas muka bumi ini menyebabkan graduan yang dilahirkan gagal menyerlah. Ini dibuktikan dengan kebanjiran puluhan ribu graduan universiti yang menganggur, dan semakin bertambah saban tahun. Saya yang hanya sekelumit kecil mahasiswa menyokong tindakan kerajaan yang mempertimbang untuk meminda AUKU dalam masa yang sama mengharapkan kebangkitan suara-suara anak muda yang bergelar mahasiswa/i untuk lebih progresif dalam isu-isu semasa. Jangan biarkan diri terus berada di dalam kepompong, kerana kita adalah generasi pewaris kepimpinan negara. Seluruh rakyat mengharapkan kita wahai anak muda!! Sedarlah... Seterusnya berkenaan isu PTPTN yang dikatakan berunsur riba’.Saya amat berharap Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya untuk membawa perkara ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan statusnya bagi menguraikan kekusutan yang selama ini membelenggu fikiran mahasiswa/i seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dibawah kepimpinan Dato’ Mohamed Khaled Nordin atas usaha untuk mengkaji semula caj perkhidmatan 3% PTPTN yang terlalu berat terpaksa ditanggung oleh mahasiswa/i yang mengambil PTPTN kerana tiada pilihan lain untuk menampung kos saraan hidup sepanjang pengajian di universiti. Mungkin juga jika dengan penghapusan caj perkhidmatan 3% akan timbulnya harapan untuk mengatasi masalah lewat pembayaran kembali wang pinjaman. Siapa tahu... Di sini saya mengharapkan agar PTPTN mempertimbang kembali tindakan menghalang memberi pinjaman kepada mahasiswa/i yang mendapat keputusan putara nilai gred (PNG) di bawah 2.0 bagi sesuatu semester, untuk terus menerima elaun bagi semester hadapannya sebagai tindakan yang tidak lagi releven kerana ia akan membebankan fikiran mahasiswa/i dengan ‘bagaimana untuk menyara hidup jika tiada duit’ ditambah lagi dengan fikiran yang sememangnya kusut dengan masalah akademik. Pernah saya melihat rakan-rakan yang mengalami masalah ini terpaksa mengikat perut, berjimat-cermat, kadang-kadang terpaksa makan maggi sahaja berhari-hari demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Situasi ini dilihat tidak membantu perkembangan mahasiswa/i sebaliknya perlu digantikan tindakan yang bersifat lebih berhikmah. Mungkin sekadar cadangan dengan potongan separuh dari jumlah sebenar pinjaman untuk sesuatu semester akan cukup mendidik golongan ini supaya tidak terus mengabaikan pelajaran. Tetapi, harus disedari bukan semua mahasiswa/i yang termasuk dalam golongan ini malas belajar dan hanya tahu berfoya-foya menghabiskan duit tetapi kadang-kadang rezeki kurang menyebelahi walaupun segunung keringat dicurahkan dalam peperiksaan. Jadi kelompok ini juga harus diberi peluang dan ruang. Di kesempatan ini, saya dengan seikhlas hati merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang sudi untuk membawa isu yang besar ini ke hadapan pihak bertanggungjawab. Insya-allah sama-sama kita membina jati diri mahasiswa ke arah yang lebih baik berbanding semalam dan akan terus maju ke depan seiring dengan penekanan pembangunan modal insan yang dinamik ke arah melengkapkan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani bagi mengatasi kemelut kelesuan mahasiswa yang tiada penghujungnya. Hidup Mahasiswa!!!

Jangan Pandang Enteng

Friday, May 23, 2008 Qaradhawi: Jangan Pandang Enteng Orang yang Menyalakan Api terhadap Al-Quran Dr. Yusuf Qaradhawi, Ketua Ulama Islam Antarbangsa, menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan Islam dan kitab sucinya. Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem "Fitna" yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders di internet. “Kita tidak boleh menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap Al-Quran, ” begitu tegas Qaradhawi. Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam "Fitna" yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan karena Islam adalah agama yang menyerukan kecintaan dan hidup berdampingan secara damai dengan pihak lain. Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar sikap sebagian umat Islam yang turut mencemarkan nama Islam dan secara automatik membuka peluang bagi musuh-musuh Islam untuk memperburuk citra agama Islam yang hanif. Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi menegaskan, “Apa yang dilakukan oleh ahli politik radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api terhadap Al-Quran.” Ia menambahkan, “Filem yang menuding al-Quran sebagai kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan di baliknya.” Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah; pertama, penolakan. “Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah saw.” Kedua, “Melalui kaedah politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan Rasul-Nya.” Ketiga, “Penolakan massa dengan menekan pemerintahan kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.” Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam. Kelima, “Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.” Diadaptasi dari: eramuslim Sumber: Abuhasif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...