PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1433H OLEH YDP PMIUSM
Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada 1433H ini Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia menyeru kepada seluruh masyarakat kampus khususnya mahasiswa-mahasiswi agar kembali menilai diri, apakah kita menjadi umat Nabi Muhamad s.a.w hanya pada kalimah nama? Marilah kita membuktikan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w dengan mengamalkan Islam yang syumul dan selengkap-lengkapnya.
MENGAPA UMAT ISLAM MASIH SANGSI DENGAN HUKUM HUDUD?
Antara kesalahan atau jenayah yang dikenakan hukuman hudud ialah berzina, menuduh seseorang melakukan perbuatan zina, meminum minuman keras atau arak, mencuri, merompak, melakukan pemberontakan dan keluar daripada agama Islam atau murtad. Setiap jenayah yang dilakukan seseorang penjenayah perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum disabit dengan hukuman hudud yang diperjelas di bawah. Justeru, Islam bersifat rasional dan tidak bertindak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman kepada ummatnya.
SEMURNI JALINAN UKHUWAH PMIUSM DAN RMUTP
Tanggal 17 Disember 2011, sebuah kunjungan bersejarah yang diterima oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) daripada barisan pimpinan dan ahli Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas (RMUTP) telah memberi satu suntikan semangat dalam kerjasama dakwah dan tarbiyah dengan perkongsian yang dilakukan di antara kedua-dua buah gerakan mahasiswa Islam kampus.
PMIUSM MENGECAM PENERBITAN VIDEO SONGSANG TENTANG HUDUD
PMIUSM mengecam penerbitan video “Musim Hudud” dan “Lagi Hudud Pas” yang hangat diperkatakan dan ianya disiarkan di laman YouTube. Video-video tersebut secara terang-terangan memperlekehkan serta mempermain-mainkan hukum hudud. Umum sepatutnya mengetahui bahawa hukum hudud adalah suatu ketetapan daripada Allah s.w.t dan ianya bukan suatu ketetapan milik mana-mana individu mahupun parti politik.
TAHNIAH PROFESOR ADNAN HUSSEIN, TNC HEPP USM
Persatuan Mahasiswa Islam USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Adnan Hussein yang baru dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia pada 12 Disember yang lalu. Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM ini dilantik sebagai TNC HEPP USM selama tiga tahun bermula 1 Disember 2011 sehingga 30 November 2014.
PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1433 DARIPADA NYDP PMIUSM
Daripada intipati tema Maal Hijrah 1433 ini, saya menyeru mahasiswa/i Islam untuk menghayati erti hijrah dalam kondisi massa, iaitu mewujudkan persefahaman dengan menambah ilmu pengetahuan, berkongsi dengan rakan-rakan, saling ingat-mengingati sesama kita, melihat perbezaan sebagai satu rahmat dan mencari titik persamaan untuk mencapai kata sepakat.
KENYATAAN RASMI PMIUSM BERKENAAN SEKSUALITI MERDEKA
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011. Program ini bertemakan Queer Without Fear asasnya adalah untuk menegakkan hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender. Program ini dijadualkan untuk berlangsung pada 2 - 13 November 2011 di Kuala Lumpur telah diharamkan oleh pihak berkuasa.
LAWATAN KEBAJIKAN PMIUSM KE RUMAH MANGSA KEBAKARAN
PMIUSM telah melakukan lawatan kebajikan yang diketuai oleh saudara Nor Azam Bin Mohamad Tamjis selaku Yang Di-Pertua PMIUSM serta beberapa orang lagi ahli PMIUSM. Turut serta ialah ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, saudara Ahmad Muslihin Bin Ahmad. Lawatan Kebajikan diadakan pada 18-11-2011 bagi menziarahi saudara Shukur Abdullah.

7:05 PM
PMIUSM
Posted in:




